Tarikh | : 16.12.2020 |
Masa | : 2.30 ptg - 4.30 ptg |
Lokasi | : Kolej komuniti Besut |
Peserta |
: 23 orang |
Tujuan
Bengkel Latihan Keusahawanan Media Baru Aplikasi Zoom Pembentangan Pertandingan KRT (Jiran Wanita) peringkat Kebangsaan.
Aktiviti
Aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan KRT (Jiran Wanita) peringkat kebangsaan melalui aplikasi Zoom. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan aplikasi ZOOM bagi keusahawanan. Terdapat juga pembentangan gambar - gambar program kemasyarakatan.
Tarikh | : 12.12.2020 |
Masa | : 7.30 pg - 10.30 pg |
Lokasi | : KRT Jerteh |
Peserta |
: 73 orang |
Tujuan
Bengkel Latihan Keusahawanan KDB Indoor Games Bersama Komuniti.
Aktiviti
Aktiviti yang dianjurkan oleh KRT Bandar Jerteh dan Bank Tabung Haji Cawangan Jerteh bagi menggalakkan komuniti menyertai aktiviti kemasyarakatan . Permainan yang dianjurkan seperti batu seremban, dart, congkak, timbang bola takraw, dan bey blade. Penyertaan terbuka kepada semua peringkat umur.
Tarikh | : 08.12.2020 |
Masa | : 2.00 ptg - 4.00 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Bengkel Asas Pembangunan Laman Web SPA9 bersama Pelajar Universiti.
Aktiviti
Peserta telah meminta bantuan pelatih untuk mengajarnya bagaimana untuk mengisi borang atas talian SPA9. Untuk memohon pekerjaan di bawah pentadbiran kerajaan Malaysia, SPA atau Skim Penggawat Awam merupakan satu - satunya cara memohon pekerjaan. Peserta telah selesai mengisi borang tersebut dengan baik.
Tarikh | : 12.12.2020 |
Masa | : 3.00 ptg - 5.00 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta |
: 2 orang |
Tujuan
Bengkel Penggunaan Microsoft Word dan Excel bersama Belia.
Aktiviti
Peserta telah meminta bantuan pelatih untuk mengajarnya bagaimana untuk menggunakan microsoft word dan excel dalam membentuk graf dan jadual bagi mengisi maklumat. Peserta sememangnya tahu bagaimana untuk menaip namun dia tidak tahu secara mendalam dalam membentuk jadual dan sebagainya. Peserta telah berjaya menyelesaikannya dengan baik.
Tarikh | : 06.12.2020 |
Masa | : 2.00 ptg - 4.00 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta |
: 2 orang |
Tujuan
Bengkel Pembelajaran Atas Talian dalam Laman Web MOE DELIMa bersama pelajar darjah enam.
Aktiviti
Peserta telah meminta bantuan pelatih untuk mengajarnya berkenaan cara bagaimana untuk menjawab soalan - soalan kuiz tersebut. Pelatih telah mengajar bagaimana untuk menjawab persoalan tersebut dan juga membantu mereka untuk memahami soalan yang diberikan.