Tarikh | : 15.08.2024 |
Masa | : 12.00 ptg - 1.00 ptg |
Lokasi | : NADI Seberang Jerteh |
Peserta | : 20 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk pendedahan maklumat dan melatih kemahiran komputer dan ict. Malah, bengkel ini juga bertujuan untuk melatih peserta ke arah pemikiran yang kritis dan kemampuan seseorang dalam interaksi dan sosialisis. Secara langsung ini dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di NADI kepada orang ramai.
Aktiviti
Aktiviti ini memfokuskan pada pembelajaran secara fizikal dengan membuat topi merdeka sempena merdeka bersama pelajar tabika. Dalam aktiviti ini peserta akan mewarna mengikut warna bendera dan kreativiti masing-masing sebelum peserta mencantum atau menyambung kertas yang diwarnakan untuk membuat topi merdeka. Peserta dibimbing dan dibantu petugas dalam mewarna dan menyiapkan topi merdeka tersebut. Keterujaan dan kesungguhan peserta dapat dilihat ketika peserta berusaha untuk menyiapkan topi merdeka sempena bulan kemerdekaan yang ke-67 tahun. Petugas berharap dengan adanya aktiviti ini secara langsung dapat meningkatkan serta menarik minat lebih ramai komuniti atau institusi pendidikan untuk bekerjasama dan menyertai aktiviti-aktiviti percuma yang dijalankan disini.