Tarikh : 15.08.2024
Masa : 10.00 pg - 11.00 pg
Lokasi : Nadi Seberang Jerteh
Peserta : 20 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk memberi mempeluang kepada peserta untuk mempelajari ict terutama dalam kalangan pelajar tabika yang mana pendedahan ini sangat bermanfaat. Disamping itu, dengan pendedahan ini ia secara langsung dapat meningkatkan kemahiran serta membiasakan peserta dalam penggunaan komputer pada peringkat awal sekali gus dapat memperluaskan lagi penggunaan dan perkhidamtan yang terdapat di NADI ini.

Aktiviti

Aktiviti ini adalah salah satu pembelajaran ict yang diajarkan di Nadi Seberang Jerteh. Dalam aktiviti ini peserta diajarkan untuk bermain permainan "puzzle" sempena kemerdekaan Malaysia. Peserta diminta oleh petugas untuk menyusun serpihan yang ada di luar kotak gambar supaya terbentuk sebuah bendera Malaysia. Dalam permainan "puzzle" ini peserta akan diberikan jumlah cantuman "puzzle" yang berbeza mengikut tahap dan umur mereka. Dengan jumlah "puzzle" yang lebih besar lg memudahkan proses cantuman "puzzle" tersebut. Peserta mengikut langkah dan mencantumkan "puzzle" tersebut sehingga terbentuk bendera Malaysia sempena bulan kemerdekaan. Aktiviti bukan sahaja melatih dan meningkatkan kemahiran peserta dalam penggunaan komputer dan ict tetapi juga menanam serta memupuk semangat patriotik dan mengenal warna bendera Malaysia melalui permainan ini. Akhir sekali peserta memahami dan berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan oleh petugas dengan baik.

Gambar Disini