Tarikh : 08.08.2024
Masa : 03.00 ptg - 05.00 ptg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 2 Orang

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk mengajarkan peserta bagaimana cara untuk membuat kerja kursus menaip menggunakan Microsoft Word. Bengkel ini secara tidak langsung akan dapat meningkatkan ilmu kemahiran komputer dan ict sejajar dengan perkembangan dunia teknologi pada masa kini. Sekali gus, dapat memperkembangkan lagi perkhidmatan pedi kepada komuniti setempat.

Aktiviti

Aktiviti bengkel ini mengajar dan membantu peserta dalam kalangan belia untuk belajar menaip surat rasmi dan membuat lembaran kerja kursus  menggunakan applikasi microsoft word. Sejajar perkembangan ict didunia penulisan tangan jarang digunakan untuk surat penting kerana kini surat kebanyakkan ditaip menggunakan komputer malah, aktiviti sekolah menengah juga kini menggunakan medium ini sebagai pembelajaran untuk membiasakan pelajar dengan aktiviti menaip menggunakan applikasi dalam komputer. Dalam bengkel ini peserta diajar juga bagaimana cara untuk membesar dan mengecilkan tulisan tanpa perlu memadam satu-satu perkataan dan asas-asas lain yang terdapat diatas menu applikasi. Selain itu, peserta juga diajar penggunaan keyboard atau papan kekunci untuk menaip seperti penggunaan 'caps lock', 'space', 'ctrl + c; dan lain-lain. Peserta berjaya menyiapkan surat rasmi dan lembaran kerja kursus dengan baik.

Gambar Disini