Tarikh : 04.07.2024
Masa : 9.00 pg - 11.00 pg
Lokasi : NADI Kg Jabi
Peserta : 12 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk pendedahan maklumat berkaitan dengan keusahawanan untuk membuka kedai atas talian dan juga pemasaran produk secara digital. Secara langsung ini dapat meningkatkan pengetahuan peserta dalam dunia teknologi dan ict untuk usahawan memasarkan produk mereka ke pasaran digital. Sekali gus dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di NADI kepada orang ramai.

Aktiviti

Aktiviti ini membantu peserta dalam pemasaran produk melalui kedai atas talian. Dalam bengkel ini peserta diajarkan bagaimana cara untuk membuka kedai atas talian dan juga bagaimana cara untuk menjadi "affiliate" dan bagaimana cara untuk membuka akaun "affiliate". Peserta diminta untuk memuat turun "shoppe" dan juga "tik tok" bagi mereka yang tiada kedua-dua applikasi tersebut. Manakala, bagi peserta yang sudah ada applikasi itu peserta terus diajarkan bagaimana cara untuk membuka kedai dan menjadi affiliate dengan mendaftarkan akaun tersebut. Selepas berjaya mendaftarkan diri peserta diajarkan dan dibantu bagaimana cara untuk memasukkan maklumat produk dari memasukan gambar produk, berat , maklumat produk dan lain-lain. Selain itu, dalam bengkel ini juga mengajar dan membantu peserta dalam menjadi "affiliate" untuk mencari pendapatan melalui "affiliate". Dalam "affiliate" ini peserta diajarkan bagaimana cara untuk membuat video "content"dan bagaimana cara untuk meletakkan "link affliate" ke media sosial serta bagaimana cara untuk memasukkan beg kuning di dalam video promosi jualan bagi applikasi "tik tok". Peserta sangat seronok dan teruja dengan bengkel ini dan petugas berharap dengan adanya bengkel ini akan dapat menarik lebih ramai komuniti untuk menjadi usahawan dan mencari pendapatan melalui jualan digital sekali gus menarik minta lebih ramai untuk menyertai aktiviti yang diadakan di NADI.

Gambar Disini