Tarikh : 20.05.2024
Masa : 3.00 ptg - 4.00 ptg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 2 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan latihan kemahiran dalam bentuk ict dan teknologi komputer untuk perkembangan peserta terhadap ict dan bagaimana ict membantu dalam pencarian maklumat pembelajaran melalui applikasi yang terdapat dalam laman web. Sekali gus, ini dapat meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan terhadap ict yang mana dapat memanfaatkan ict ke arah yang bijak serta untuk pelajaran. Selain itu, dengan adanya kelas ict ini secara langsung dapat meluaskan lagi promosi serta hebahan perkhidmatan yang terdapat di pedi ini.

Aktiviti

Dalam aktiviti ini petugas bermula dengan memperkenalkan dan menerangkan secara ringkas tentang aktiviti yang akan dijalankan supaya memudahkan kefahaman peserta sebelum aktiviti dijalankan.Petugas mengajar peserta melalui applikasi uptoten ini. Dalan applikasi tersebut peserta diajarkan bagaimana cara untuk mewarna menggunakan applikasi Uptoten, bagaimana untuk menyambung huruf untuk membentuk warna atau gambar melalui applikasi tersebut. Applikasi ini mengajarkan peserta tentang warna bagaimana cara mewarna, mengenal huruf, bagaimana untuk menggerakkan berus warna, memilih jawapan, dan sebagainya melalui pembelajaran secara atas talian tersebut. Selain itu, pembelajaran applikasi secara langsung dapat meningkatkan kemahiran berfikir dan imaginasi serta fokus mereka dalam sesuatu perkara. Peserta mengikut langkah yang diajar petugas melalui paparan skrin depan untuk memudahkan proses pembelajaran dan pemahaman peserta dalam menggunakan applikasi tersebut. Peserta berjaya menyiapkan aktiviti mewarna dan memahami dengan baik.

Gambar Disini