Tarikh | : 16.05.2024 |
Masa | : 2.00 ptg - 3.00 ptg |
Lokasi | : KRT Bandar Jerteh |
Peserta | : 42 Orang |
Tujuan
Bengkel keuasahawanan adalah bertujuan untuk membantu dan melatih peserta dalam kalangan usahawan bagi meningkatkan lagi ilmu perniagaan peserta dalam memasarkan produk mereka, peluang perniagaan dan juga bagaimana ict membantu peserta dalam penjenamaan atau rekaan produk. Secara langsung ini dapat menghebahkan dan memperluaskan nama pedi keapada komuniti.
Aktiviti
Bengkel ini dimulakan dengan penerangan ringkas apa itu penjenamaan produk dan bagaimana ia dapat membantu meningkatkan jualan dan pemilikan produk untuk usahawan tersebut. Dalam bengkel ini peserta diajarkan prosesdan penciptaan nama, logo, imej untuk sesuatu produk, huruf dan sebagainya. Peserta diberikan penerangan secara terperinci mengenai penjenamaan ini untuk membantu membuka minda usahawan kecil untuk meninovasikan produk mereka agar produk mereka dapat dibezakan serta berkualiti agar dapat bersaing dan boleh kembangkan pemasaran produk tersebut.