Tarikh : 12.05.2024
Masa : 3.30 ptg - 4.30 ptg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 2 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel Asas ini adalah bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran dalam penggunaan komputer, kemahiran menaip sekali gus, dapat memberikan kesedaran terhadap penggunaan teknologi dalam urusan harian serta celik it dalam kalangan masyarakat. Sekali gus, bengkel ini juga dapat memperluaskan lagi perkhidmatan yang ditawarkan di pedi ini. 

Aktiviti

Bengkel ini merupakan bengkel membuat lembaran kerja menggunakan Microsoft Word untuk menyiapkan kerja tersebut. Dalam bengkel ini peserta diajarkan bagaimana cara menaip menggunakan papan kekunci yang ringkas untuk memudahkan dalam menyiapkan kerja kursus. Peserta diajarkan bagaimana cara untuk menggunakan menu yang terdapat dalam applikasi seperti "format margin", "layout", "format gambar", size dan sebagainya. Sebelum menulis sesuatu dokumen peserta diajarkan bagaimana mengatur jenis dan ukuran (font) yang boleh dipilih serta bagaimana cara untuk membuat jadual dan juga memasukkan gambar ke dalam applikasi Microsoft Word. Selain itu, peserta diajarkan dan dibantu bagaimana untuk menyimpan file setelah siap dan juga bagaimana cara untuk menukarkan dokumen dalam bentuk pdf atau dalam bentuk dokumen lain. Pesrta berjaya menyiapkan tugasan dan memahami dengan baik.

Gambar Disini