Tarikh : 24.08.2023
Masa : 9.00 pg - 11.00 pg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 10 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan terhadap ict dan kegunaan komputer supaya mereka mahir dalam penggunaan komputer dan pencarian maklumat terutama dalam kalangan kanak-kanak. Pendedahan ini awal ini dapat meningkatkan kemahiran dan melatih pemikiran mereka kearah yang celik it, kreatif dan inovatif. Selain itu, dengan adanya kelas ict ini secara langsung dapat meluaskan lagi promosi serta hebahan perkhidmatan yang terdapat di pedi ini.

Aktiviti

Dalam aktiviti ini petugas bermula dengan memperkenalkan dan menerangkan tentang aktiviti yang akan dijalankan serta penerangan ringkas bagaimana cara untuk menjawab kuiz dan permainan pendidikan dalam kelas tersebut. Dalam kelas ini petugas telah memberikan latihan atau mengajarkan dua applikasi yang boleh peserta belajar iaitu applikasi wordwall dan applikasi abcya.com. Permulaannya petugas meminta peserta untuk membuka applikasi wordwall yang mana dalam applikasi tersebut peserta perlu menjawab tiga kuiz yang telah ditetapkan oleh petugas. Selain itu, peserta juga diminta untuk membuka applikasi abcya.com untuk bermain permainan berpendidikan seperti menyusun semula huruf, menhias kek dan sebagainya. Peserta mengikut langkah yang diajar petugas melalui paparan skrin depan untuk memudahkan proses pembelajaran dan pemahaman peserta dalam menggunakan applikasi tersebut. Peserta berjaya menjawab kuiz dan memahami dengan baik.

Gambar Disini