Tarikh | : 19.08.2023 |
Masa | : 09.30 pg - 10.30 pg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 2 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan peserta mengenai ict untuk mencari maklumat dan juga dapat digunakan untuk pelajaran dari jarak jauh tanpa perlu berjumpa. Selain itu, dengan mempelajaran ini dapat meningkatkan kemahiran peserta dalam penggunaan ict dan komputer dan juga pemprosesan data, pencarian maklumat serta kemahiran dalam dunia digital. Secara langsung ini juga dapat mempromosikan perkhidmatan secara meluas kepada komuniti.
Aktiviti
Bengkel ini merupakan kelas tuisyen Bahasa Melayu tahun 4 dan 5 yang dijalankan disini secara online untuk peserta yang telah berdaftar. Petugas mengajar bagaimana cara untuk menggunakan applikasi zoom seperti membuka audio, cara chat, membuka camera dan sebagainya. Dalam kelas online tersebut peserta akan diberikan nota atau latih tubi berbentuk pdf untuk memudahkan peserta menjawab soalan yang diberikan. Selain itu, untuk kelas Bahasa Melayu ini juga telah diajarkan juga kuiz berbentuk permainan yang mana peserta perlu menjawab berpandukan topik pengajaran dalam sesi kelas tersebut. Peserta berjaya memasuki kelas online dan memahami apa yang telah diajar dalam kelas tuisyen tersebut dengan baik.