Tarikh | : 07.08.2023 |
Masa | : 3.00 ptg - 5.00 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 2 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk menggalakan dan memperluaskan lagi penggunaan ict dalam kalangan peserta terutama kalangan pelajar sekolah dalam keterlibatan mereka terhadap dunia digital dan ict ini. Selain itu, dapat mewujudkan pelajar yang mahir dan bijak dalam menggunakan ict sejajar dengan misi negara mewujudkan masyarakat yang celik it dan berinovasi sekali gus dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di PEDI kepada orang ramai.
Aktiviti
Aktiviti ini dimulakan dengan penerangan secara ringkas tentang canva dan bagaimana cara untuk menggunakannya. Pelajar diminta terlebih dahulu untuk membuka applikasi canva dan mencari gambar melalui browser untuk dimasukan ke dalam canva. Petugas membantu peserta dengan mengajar bagaimana cara untuk memasukan gambar, bagaimana cara untuk mengedit tulisan, bagaimanan cara untuk memasukan gambar pada kad digital dan sebagainya. Peserta juga diajar bagaimana untuk menggerakkan atau membuat animasi untuk pergerakan tulisan dan sebagainya. Peserta berjaya menyiapkan kad digital dan memahami dengan baik.