Tarikh : 04.08.2023
Masa : 3.00 ptg - 4.00 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 2 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan meningkatkan ilmu pengetahuan tentang kepelbagaian fungsi ict. Malah, pendedahan ini juga dapat mewujudkan masyarakat yang bijak dan berinovasi dalam menjalankan sesuatu tugas di samping dapat membiasakan dan mahir dengan penggunaan komputer. Selain itu, bengkel ini dapat memperluaskan lagi perkhidmatan yang terdapat di pedi.

Aktiviti

Aktiviti pada hari tersebut adalah mengenai e-pembelajaran secara online melalui applikasi yang terdapat dalam laman web serta diajar dan dilatih menaip menggunakan applikasi typing.com. Terlebih dahulu petugas meminta peserta membuka applikasi typing.com dan juga wordwall untuk bengkel ini. Peserta diminta untuk menaip mengikut ayat yang telah dipaparkan mengikut masa yang ditetapkan oleh sistem tersebut. Typing ini sangat mudah untuk peserta menaip kerana ia menaip dengan satu patah perkataan setiap ayat yang dipaprkan secara langsung dapat melatih peserta supaya membiasakan untuk menaip menggunakan keyboard komputer dan juga pemahaman ayat serta setiap huruf. Selain itu, peserta juga diminta untuk memjawab kuiz bahasa melayu di laman web wordwall tersebut dengan dibantu oleh petugas dalam mengajar mereka bagaimana cara untuk menjawab kuiz pembelajaran tersebut. Peserta berjaya menjawab dan membuat tugasan tesebut dan memahami dengan baik.

Gambar Disini