Tarikh | : 03.08.2023 |
Masa | : 2.30 ptg - 4.30 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 5 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan meningkatkan ilmu pengetahuan tentang kepelbagaian fungsi ict. Malah, pendedahan ini juga dapat mewujudkan masyarakat yang bijak dan berinovasi dalam menjalankan sesuatu tugas di samping dapat membiasakan dan mahir dengan penggunaan komputer. Selain itu, bengkel ini dapat memperluaskan lagi perkhidmatan yang terdapat di pedi.
Aktiviti
Aktiviti bengkel ini adalah berkaitan dengan microsoft excel membuat jadual untuk peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah. Petugas terlebih dahulu menerangkan secara ringkas bagaimana untuk menggunakan excel dan memberi buku ict sebagai rujukan untuk peserta mengikut langkah tersebut supaya memudahkan lagi pemahaman peserta. Dalam bengkel tersebut, peserta diajar bagaimana untuk membuat jadual seperti penggunaan ';merge and centre', bagaimana untuk membuat garisan, menukar tulisan, size dan sebagainya. Peserta membuat jadual mengikut teknik dan pemahaman yang diajar berserta buku sebagai panduan untuk menyiapkan jadual tersebut. Peserta berjaya menyiapkan jadual dan memahami dengan baik.