Tarikh | : 01.08.2023 |
Masa | : 2.30 ptg - 3.30 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 3 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan melatih peserta terhadap ict dan pekakas komputer untuk membiasakan peserta dengan teknologi terkinio serta meningkatkan pengetahuan peserta terhadap dunia digital.Selain itu, ia dapat juga mempromosikan dan meperluaskan lagi informasi tentang perkhidmatan yang ditawarkan di sini kepada komuniti.
Aktiviti
Bengkel ini merupakan bengkel asas yang mengajar peserta bagaimana untuk menaip dengan menggunakan applikasi typing.com. Peserta diajar dalam applikasi ini adalah untuk membiasakan dan melatih peserta dengan menaip menggunakan keyboard. Dalam applikasi typing.com ini peserta diberikan ayat untuk ditaip dengan frasa atau fungsi-fungsi kegunaan yang ada di keyboard seperti kegunaan caps lock, space, ctrl + c dan sebagainya dalam laman web tersebut. Secara tidak langsung typing.com ini memberi pengetahuan kepada peserta tentang kegunaan setiap huruf yang terdapat di keyboard serta melatih mereka menaip secara cepat. Peserta berjaya menaip dan memahani dengan baik.