Tarikh | : 22.07.2023 |
Masa | : 2.00 ptg - 4.00 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan daya kreativiti dan imagenasi dalam kalangan kanak-kanak. Selain itu, bengkel ini juga bertujuan untuk melatih peserta agar mahir dalam penggunaan ict. Hal ini seiring dengan kemajuan teknologi pada hari ini serta pendedahan awal ini dapat melatih peserta mahir menggunakan ict dan kreatif dalam pembelajaran. Secara langsung ini dapat mempromosikan dan memperkenalkan perkhidmatan pedi yang dotawarkan di sini kepada komuniti.
Aktiviti
Aktiviti ini dimulakan dengan peneragan secara ringkas tentang perkakas komputer dan juga applikasi yang digunakan dalam bengkel ini. Peserta diminta oleh petugas untuk melayari di browser laman web quiziz untuk peserta belajar dan bermain di dalam sistem tersebut. Sistem quiziz ini mempunyai pelbagai pilihan topik dan juga ia berbentuk permainan menguji minda tapi masih berbentuk pelajaran yang sesuai dengan tahap pendidikan peserta. Peserta pada bengkel tersebut telah memilih untuk menjawab quiziz matematik untuk melatih dan memudahkan peserta memahami formula matematik dan petugas telah membantu peserta dengan menunjukkan cara bagaimana untuk menjawab di laman web tersebut. Peserta berjaya menjawab quiziz tersebut dan memahami dengan baik.