Tarikh | : 21.07.2023 |
Masa | : 3.30 ptg - 4.30 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk memperluaskan dan membuka minda peserta yang mana dalam kalangan pelajar untuk mengetahui kepelbagaian fungsi dan kemudahan serta aktiviti lain yang terdapat dalam ict. Selain itu, dengan perkembangan teknologi ini juga kita mamou untuk mempelajari atau menghadari kelas serta bengkel secara atas talian atau secara jarak jauh tanpa perlu bersemuka. Secara langsung ini juga dapat mempromosikan perkhidmatan secara meluas kepada komuniti.
Aktiviti
Bengkel ini merupakan kelas tuisyen Bahasa Inggeris yang dijalankan secara atas talian atau online di pedi bagi peserta yang telah berdaftar dan digunakan applikasi zoom sebagai medium untuk kelas tuisyen tersebut. Petugas membantu peserta untuk membuka dan mengajar perkara asas yang digunakan dalam zoom seperti cara untuk menaip di ruangan chat, membuka gambar dan juga audio. Dalam kelas online ini juga peserta akan diberikan nota secara percuma untuk topik pada hari tersebut dalam bentuk pdf. Peserta berjaya memasuki kelas online dan memahami apa yang telah diajar dalam kelas tuisyen tersebut dengan baik.