Tarikh : 19.05.2023
Masa : 9.30 pg - 11.30 pg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 1 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta terhadap ict dan applikasi yang boleh dimanfaatkan untuk urusan seharian masyarakat. Malah, ict ini juga dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka bagi menjadikan komputer sebagai teknologi pengajaran dan pembelajaran. Secara tidak langsung, bengkel ini juga dapat mempromosikan perkhidmatan serta pelbagai program dan aktiviti yang dijalankan disini.

Aktiviti
Bengkel ini dimulakan dengan penerangan secara ringkas tentang microsoft office excel dan bagaimana cara untuk menaip dan mengisi maklumat menggunakan excel. Peserta diajar bagaimana untuk membuat jadual yang sangat mudah dengan menggunakan excel malah, petugas juga menerangkan beberapa kaedah untuk memasukkan formula di dalam Microsoft Excel dan sebagainya. Peserta menggunakan teknik dan langkah yang diajar oleh petugas dalam microsoft excel. Peserta berjaya menyiapkan kerja menggunakan excel dan memahami dengan baik.

Gambar Disini