Tarikh | : 10.05.2023 |
Masa | : 2.00 ptg - 04.00 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 3 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk menggalakan dan memperluaskan lagi penggunaan ict dalam kalangan peserta terutama kalangan pelajar sekolah dalam keterlibatan mereka terhadap dunia digital dan ict ini. Selain itu, dapat mewujudkan pelajar yang mahir dan bijak dalam menggunakan ict sejajar dengan misi negara mewujudkan masyarakat yang celik it dan berinovasi sekali gus dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di PEDI kepada orang ramai.
Aktiviti
Bengkel ini dimulakan dengan penerangan secara ringkas tentang multimedia yang akan digunakan untuk membuat kad digital sempena hari ibu. Peserta diminta untuk memilih reka bentuk kad digital dan petugas mengajar bagaimana cara untuk mengedit tulisan dan cara untuk menaip di kad digital tersebut. Peserta mengikut langkah yang diajar oleh petugas dalam mengedit kad tersebut, malah, peserta juga diajar bagaimana memuatnaik gambar di 'folder' untuk dimasukan dalam kad digital tersebut. Selain itu, peserta juga diajar bagaimana cara untuk menukarkan tulisan, memasukan elemen bentuk serta bagaimana cara untuk menyimpan file atau reka bentuk kad digital yang telah siap ke dalam file. Peserta memahami dan berjaya menyiapkan kad digital dengan baik.