Tarikh : 04.10.2022
Masa : 02.30 ptg - 04.30 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 3 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel asas kerja kursus lakaran bentuk objek menggunakan Microsoft Word adalah bertujuan untuk melatih dan memperkembangkan minda peserta dalam menggunakan ICT seperti Microsoft Word ini. Selain daripada menaip Microsoft Office ini juga boleh melukis atau melakar sesuatu dengan bentuk yang disediakan atau menggunakan tool yang terdapat dalam aplikasi tersebut. Dengan pembelajaran atau bengkel yang diadakan seperti ini dapat menyebarkan dan memperluaskan aktiviti yang dijalankan di PEDi terhadap komuniti setempat.

Aktiviti

Dalam bengkel ini peserta diterangkan dahulu mengenai ICT dan fungsi asas atau aspek-aspek yang terdapat dalam Microsoft Office bagi pengetahuan peserta terhadap applikasi tersebut. Peserta diminta untuk membuka applikasi Miucrosoft Word terlebih dahulu. Selepas itu, petugas mengajar dan menunjukkan peserta bagaimana cara untuk melukis atau memilih bentuk lakaran yang diiginkan oleh peserta. Peserta mengikut cara yang diajar oleh petugas dengan membuka di bahagian insert atau tambahan/masukan. Setelah itu, peserta memilih  lakaran mereka sama ada di smartArt atau Shape (bentuk) petugas mengajar mereka bagaimana untuk menarik bahagian bentuk untuk menjadikan objek tersebut besar serta mengajar juga bagaimana cara untuk menaip, menukar tulisan, cara membawa tulisan ketepi dan sebagainya. Melalui bengkel ini pesrta dapat menambah ilmu ICT dengan mempelajari teknik serta fungsi lain yang terdapat dalam Microisoft Office selain daripada menaip secara tidak langsung ia boleh mengkreatifkan peserta dalam membuat sesuatu kerana lakaran objek memerlukan mereka untuk berfikir secara kreatif memasukan segala aspek dalam kerja kursus mereka. Peserta dapat memahami dan berjaya mengikuti cara yang diajar serta dapat menyiapkan kerja kursus mereka dengan baik.

Gambar Disini