Tarikh : 08.08.2022
Masa : 11.00pg - 12.00 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 2 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel asas pembangunan  laman web kemaskini data HRMIS adalah bertujuan membantu peserta dalam mengisi data secara online dalam laman yang disediakan tersebut. Secara tidak langsung bengkel ini mendedahkan peserta terhadap kegunaan ict pada masa kini yang mana online adalah satu bentuk pengisian yang digunakan sekarang oleh itu, pendedahan ini sangat membantu meningkatkan pengetahuan dan penggunaan dalam ict.

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan tentang fungsi asas HRMIS dan juga menerangkan bagaimana cara untuk mencari dan mengisi di laman web HRMIS tersebut. Peserta diminta dahulu untuk melayari dan membuka laman web tersebut untuk membuat kemaskini data dalam laman HRMIS. Setelah itu, petugas mengajar peserta bagaimana cara untuk masuk atau log in ke laman HRMIS, setelah berjaya masuk ke dalam sistem tersebut petugas telah mengajar bagaimana cara untuk mengemaskini dan memasukan data maklumat dalam laman HRMIS kerana Sistem ini memerlukan peserta mengisi sendiri maklumat mereka.Oleh itu, petugas telah mengajar beberape cara atau langkah untuk peserta dapat mengisi atau mengemaskini data dengan sendiri. Peserta dapat memahami dan berjaya mengemaskini data maklumat didalam laman HRMIS.

Gambar Disini