Tarikh | : 01.08.2022 |
Masa | : 3.00ptg - 4.00 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta |
: 2 orang |
Tujuan
Bengkel asas Microsoft Office Word dalam membuat resume menggunakan Word adalah untuk mendedahkan peserta dengan kemudahan app serta meningkatkan ilmu dalam menggubakan Microsoft Word ini. Selain itu, peserta dapat didedahkan dengan penggunaan komputer atau membiasakan diri dengan menaip menggunakan komputer.
Aktiviti
Aktiviti dimulakan dengan penerangan secara ringkas fungsi asas yang terdapat dalam app Microsoft Office Word dan bagaimana cara untuk menggunakannya untuk membuat resume. Peserta diminta untuk membuka Microsoft Word dan memilih reka bentuk yang diiginkan berdasarkan contoh-contoh resume yang sedia ada sebagai rujukan kepada peserta. Dalam aktiviti ini juga peserta diajar bagaimana untuk memilih dan menukar size tulisan atau menambah bentuk dan sebagainya. Selain itu, peserta juga diajar bagaimana cara untuk memasukan gambar dan menyunting gambar dan bagaimana untuk menyimpan resume yang telah siap ke dalam bentuk file yang diinginkan. Peserta memahami dan berjaya menyiapkan resume yang telah dibuat dalam bengkel ini.