Tarikh | : 20.07.2022 |
Masa | : 11.00pg - 12.00 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Bengkel asas pembangunan laman web asas gmail bersama belia adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta asas dalam gmail atau email yang mana kini semakin penting dan digunakan secara meluas dalam berurusan menggunakan email. Selain itu, aktiviti ini diadakan untuk memberi pengetahuan tentang fungsi asas yang ada dalam gmail.
Aktiviti
Dalam aktiviti ini peserta diterangkan dahulu tentang fungsi asas dalam gmai dan secara ringkas cara penggunaan akaun serta cara untuk membuka akuan gmail tersebut. Setelah itu, petugas telah meminta peserta untuk membuka atau mendaftar akaun gmail sambil dibantu oleh petugas. Selain itu, aktiviti ini telah mengajar peserta tengang fungsi asas gmail seperti sent atau penghantaran pesanan, inbox, chating, dan draft serta bagaimana cara untuk menghantar file atau dokumen melalui gmail. Peserta juga diajar bagaimana cara menggunakan google drive dan google sheet yang sangat mudah. Dalam aktiviti ini peserta memahami fungsi asas dan cara menggunakan akaun gmail serta peserta berjaya membuka akuan gmail dan juga berjaya menghantar email dan dokumen menggunakan gmail.