Video Dashboard PI1M dirakam bagi membantu orang ramai mengetahui serba sedikit tentang fungsi dashboard kepada masyarakat setempat. Dashboard PI1M merangkumi beberapa kandungan antaranya MyKomuniti, MySoal, MyHealth, MySkool dan MyShop. Sekiranya anda adalah ahli Pusat Internet 1 Malaysia dibawah kelolaan syarikat TM, Anda secara automatiknya mempunyai akaun dashboard anda sendiri. Dengan adanya akaun ini anda boleh memasarkan produk dalam talian melalui MyShop atau membuat aduan dan pengumuman kepada komuniti setempat anda.