Mengusahakan percetakan foto kanvas

Nama : Norfazila Bt Mizam
Umur : 30 Tahun
Ahli : -
No Tel : 014-8096233
Facebook https://www.facebook.com/illaalannapeetisa

 

 

Latar belakang

Norfazila Bt Mizam telah mengusahakan foto kanvas sejak 2017 sehingga sekarang secara online serta COD. Beliau menerima tempahan dari seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak. Berpewatakan yang sempoi dan menarik serta lemah lembut melayan pelanggan membuatkan ramai dikalangan pelanggannya sering menempah berulang kali. Menceburi bidang ini merupakan satu minat yang mendalam dalam diri beliau disamping membantu rakan niaga yang merupakan owner kepada foto kanvas ini. Kini setiap hari beliau sering menerima tempahan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM70 - 120  sahaja sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Seberang Jerteh, beliau kini telah memiliki facebook page sendiri yang dapat mempromosikan hasil jualan beliau. Beliau juga sangat rajin membuat hebahan promosi dengan mereka bentuk sendiri flyers untuk diagihkan di pasar mingg dan sekitar Besut. Pelanggan beliau dari seluruh Negeri yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500 – RM1000.