MUHAMMAD FITRI BIN KAMARUDIN

Mengusahakan pelbagai jenis produk minyak wangi kereta dan badan

Nama : Muhammad Fitri Bin Kamarudin
Umur : 25 tahun
Ahli : Dis 2019
No Tel : 019-9757361
Facebook https://www.facebook.comprofile.php?id=100001538572939

 

 

Latar belakang

Encik Fitri merupakan lepasan sarjana muda Pengajian Bahasa Arab daripada kampus UNISZA, Terengganu. Merupakan seorang guru silat di Akademi Seni Warisan Terengganu, Kg Kluang, Besut. Beliau juga merupakan seorang ejen Umrah yang berdaftar. Beliau telah memulakan perniagaan secara sambilan sejak bergelar mahasiswa. Beliau mempunyai prinsip dan disiplin yang tinggi untuk berjaya. Beliau sangat berminat dengan dunia keusahawanan dan sangat aktif menyertai setiap program keusahawanan di kampu serta  seringkali membawa minyak wanginya untuk dijual di pasar minggu. Jualannya mendapat sambutan yang positif dalam kalangan mahasiswa/ siswi  dan pelanggan tetapnya sehingga sekarang. Harga yang mampu  milik  dan minyak wangi yang berkualiti mampu menambahkan pendapatan dari sehari ke sehari. Beliau turut meletakkan minyak wangi di kedai-kedai runcit, tempat basuh kereta dan juga melatih belia yang minat berniaga untuk menjadi ejen dan ‘dropship’.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM700 – RM1000  sahaja sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M 

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Seberang Jerteh, beliau kini telah memiliki facebook page sendiri yang dapat mempromosikan hasil jualan beliau. Beliau juga sangat rajin membuat hebahan promosi dengan mereka bentuk sendiri flyers untuk diagihkan di pasar minggu. Pelanggan beliau dari seluruh Negeri yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM2000