Sukacita dimaklumkan, MCMC dengan kerjasama MyTV Sdn. Bhd. telah memulakan kempen pendaftaran minat daripada golongan B40 dan OKU untuk mendapatkan dekoder percuma MyFreeview. Isi rumah B40 dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang masih belum menerima set dekoder myFreeview percuma adalah digesa untuk mendaftar segera sebelum 31 Mei 2020 di portal https://status.mytvbroadcasting.my/ atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV di talian 1800-18-1088/1-300-80-6988.