Tarikh : 18.10.2023
Masa : 3.30 ptg - 4.30 ptg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta : 3 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan pelajar mengenai ict dan juga melatih peserta agar terbiasa menggunakan komputer dan juga untuk meningkatkan kreativiti, inovasi dalam diri peserta melalui program ict dan stem ini. Secara tidak langsung bengkel ini dapat memperluaskan dan memperkembangkan pusat internet kepada semua komuniti.

Aktiviti

Aktiviti ini merupakan aktiviti stem 'sink or float' atau aktiviti stem melihat bagaimana objek yang disediakan dapat tenggelam atau tidak . Dalam bengkel ini petugas menerangkan dahulu cara-cara untuk menjalankan aktiviti supaya peserta memahami bagaimana cara untuk melakukannya. Petugas telah menyediakan bahan seperti air, bola, batu, pemadam dan sebagainya. Peserta diminta untuk mengambil barang yang telah diberikan dan mencelupkan ke dalam air untuk melihat barang tersebut berupaya tenggelam atau tidak. Peserta harus menjawab dan menerangkan secara ringkas keadaan bahan tersebut setelah di masukkan ke dalam air. Di akhir aktiviti stem ini pelajar akan dapat mengenalpasti dan menerangkan melalui aktiviti ini. Peserta berjaya membezakan objek yang dapat tenggelam dan tidak tenggelam dengan baik. 

Gambar Disini

 

 

Tarikh : 17.10.2023
Masa : 3.00 ptg - 4.00 ptg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh (Fetshu Live Straming)
Peserta : 1 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel keuasahawanan adalah bertujuan untuk mendedahkan dan membantu peserta dalam teknik asas pemasaran dalam aplikasi media baru bagi memasarkan dan meluaskan lagi perniagaan mereka. Selain itu menggalakkan dan meningkatkan pengetahuan peserta untuk pasaran melaui kedai atas talian atau kedai online seperti tik tok shop. Sekali gus dengan bengkel yang diadakan ini akan dapat mempromosikan kepada komuniti tentang aktiviti lain yang dijalankan selain daripada perkhidmatan yang sedia ada di PEDi.

Aktiviti

Permulaan bengkel ini dimulakan dengan penceramah atau guru bengkel memberi penerangan secara ringkas fungsi, jenis dan bagaimana cara kedai atas talian boleh memasarkan produk peserta.  tentang kedai atas talian. Dalam bengkel tersebut, peserta diajarkan bagaimana cara untuk mendaftarkan diri ke dalam tik tok shop dan bagaimana cara menggunakan tik tok shop untuk meningkatkan jualan serta bagaimana kita menaktifkan diri sebagai usahawan dalam tik tok shop tersebut. Selain itu, dalam kelas tersebut juga diajar teknik-teknik yang digunakan untuk menaikkan pasaran produk tik tok shop. Dengan adanya tik tok shop ini peserta dapat menjana pendapatan yang lebih banyak serta meluaskan lagi pemasaran kerana tik tok merupakan pasaran digital terkini yang mendapat sambutan serta lebih mudah untuk mendapatakan pelanggan. Secara tidak langsung ini akan dapat mewujudkan usahawan digital yang mentransformasi perniagaan dan membangunkan dengan menggunakan teknologi digital terkini. Peserta dapat memahami dengan baik apa yang telah disampaikan dalam bengkel tersebut.

Gambar Disini

 

 

Tarikh : 15.10.2023
Masa : 4.00 ptg- 5.00 ptg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta : 2 orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Tujuan bengkel ini adalah untuk meningkatkan kemahiran ict dan mengaplikasikan nota pembelajaran ke dalam bentuk video animasi. Bentuk pelajaran ini lebih membantu fahaman dan mengingati serta lebih berkesan untuk peserta. Selain itu, bengkel ini juga dapat meningkatkan pengguna ke pedi serta dapat mempromosikan perkhodmatan pedi kepada komuniti.

Aktiviti

Bengkel e-pembelajran ini dijalankan untuk membantu dan mendidik peserta untuk menggunakan ict dengan lebih bijak dan lebih berkesan. Bengkel ini dimulakan dengan pencarian maklumat atau membuat carian data dan maklumat tambahan mengikut kata kunci untuk mencari nota pelajaran berbentuk video. Video yang dicari tersebut merupakan video nota berbentuk video kreatif bagi memudahkan fahaman dan peserta perlu mencatat nota daripada hasil video yang telah ditonton. Nota tersebut menunjukkan tahap kefahaman peserta terhadap subjek fizik dalam video pembelajaran tersebut. Selain  itu, video pembelajaran ini sangat mudah dan kita dapat melihat bagaimana mereka mengapplikasikan teknik dan fokus mereka terhadap pembelajaran melelui video pembelajaran tersebut. Peserta memahami dan berjaya membuat nota daripada video tersebut.

Gambar Disini

 

Tarikh : 16.10.2023
Masa : 2.30 ptg - 5.30 ptg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta : 3 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel ini  bertujuan untuk membantu peserta dalam bengkel ini memperluaskan lagi ilmu ict dan pencarian maklumat untuk membuat kertas kerja perniagaan. Dengan ict ini peserta dapat mencari idea dan contoh-contoh kertas kerja dengan mudah secara langsung ini dapat meningkatkan pengetahuan dalam bidang ict dan teknologi dalam kalangan pelajar. Bengkel ini mampu menjadi tarikan untuk komuniti mendapatkan bantuan mengenai ict dan perkhidmatan-perkhidmatan lain.

Aktiviti

Petugas memulakan aktiviti bengkel ini dengan penerangan secara fungsi ict dan bagaimana untuk mencari maklumat serta bagaimana untuk menggunakan applikasi dalam membuat kertas kerja perniagaan.Peserta juga diberikan contoh melalui laman web bagaiman susunan dalam membuat kertas kerja perniagaan. Dalam begkel tersebut petugas membantu peserta dengan mengajar bagaimana cara untuk membuat jadual atau gambar rajah untuk produk atau perniagaan yang ingin dijalanka. Selain itu, peserta juga diajar bagaimana untuk memasuka  gambar dan juga bagaimana untuk  size, bentuk dan juga cara untuk menyunting gambar dalam applikasi yang digunakan. Malah, peserta juga diajar bagaimana untuk mencipta logo atau jenama yang mudah dan asas serta bagaimana untuk menyimpan tugasan yang dibuat agar tidak hilang atau peserta boleh menyunting kembali. Peserta berjaya menyiapkan kertas kerja perniagaan dengan baik.  

Gambar Disini

 

 

 

 

Tarikh : 14.10.2023
Masa : 4.00 ptg - 5.00 ptg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta : 2 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan komuniti terhadap kepentigan dan kegunaan ict dalam setiap urusan. Selain itu, mendedahkan peserta dengan media baru dalam ict yang mana ia dapat meningkatkan kemahiran, maklumat pengetahuan serta kreativiti peserta. Selain itu, dengan adanya kelas ict ini secara langsung dapat meluaskan lagi promosi serta hebahan perkhidmatan yang terdapat di pedi ini.

Aktiviti

Bengkel ini diadakan untuk membantu dan mengajar kemahiran dalam membuat jadual kelas dengan menggunakan media baru atau applikasi canva yang mana sangat mudah untuk dipelajari. Dalam bengkel ini peserta diterangkan secara ringkas bagaimana cara untuk menggunakan canva dalam membuat jadual sekolah masing-masing. Peserta diminta terlebih dahulu memilih jenis template yang diiginkan sebelum petugas mengajar yang lain. Dalam bengkel tersebut, petugas juga mengajar bagaimana cara untuk menyunting template tersebut seperti menukarkan tulisan, mengecilkan size tulisan atau potogan mengikut garisan yang ditunjukan dan sebagainya. Malah, petugas membantu peserta untuk menukarkan gambar dan memuat naik gambar serta bagaimana cara untuk menyimpan jadual sekolah yang dibuat untuk dicetak hasil kerja peserta. Peserta berjaya menyiapkan poster dan memahami dengan baik.

Gambar Disini