Tarikh : 09.11.2023
Masa : 3.00 ptg - 4.00 ptg
Lokasi : HBK Pedi Kg Lay Out
Peserta : 30 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan memperluaskan penggunaan ict dalam pembelajaran. Dengan adanya ict ini keberkesanan aktiviti pembelajaran dapat dipertingkatkan serta dapat membentuk pemikiran yang kreatif sekali gus, kelas ini akan memperluaskan lagi penggunaan dan perkhidmatan yang terdapat di pedi ini.

Aktiviti

Bengkel ini diadakan bersama komuniti di HBK Kg Lay Out yang mana aktiviti hari tersebut ialah membuat atau mencipta roket paper. Petugas menyediakan bahan-bahan seperti gunting, kertas, straw dan lain-lain untuk menghasilkan sebuah roket paper. Petugas juga telah memberikan contoh  dan membantu peserta dalam membuat roket menggunakan kertas tersebut. Peserta perlu melipat kertas dan perlu menggulung kertas itu mengikut saiz straw. Kemudian, kertas yang digulung perlu di salotep dibahagian tepi serta dibahagian atas kertas balutan yang telah dibalut oleh peserta. Selain itu, peserta perlu memasukkan straw ke dalam lubang kertas yang dibalut dan peserta perlu meniup straw tadi menghala ke atas untuk menguji sama ada roket yang dibuat oleh peserta boleh terbang ataupun tidak. Peserta memahami dengan baik dan berjaya menyiapkan serta menerbangkan roket paper tersebut.

Gambar Disini

 

Tarikh : 09.11.2023
Masa : 2.00 ptg - 3.00 ptg
Lokasi : HBK Pedi Kg Lay Out
Peserta : 20 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel ICT E-learning permainan berpendidikan ini adalah bertujuan untuk melatih peserta agar mahir dalam menggunakan komputer sebagai medium untuk mencari maklumat dan menggunakan ict dengan cara yang bijak iaitu dengan melayari laman web berpedidikan untuk meningkatkan kemahiran, kreativiti dan inovasi dalam diri peserta. Malah, pendedahan ini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan pelajar terhadap ict dan juga memberi pengetahuan baru tentang kepelbagaian applikasi permainan yang berbentuk pendidikan di dalam ict ini. Bengkel ini sangat menarik minat komuniti terutama dalam kalangan pelajar sekolah yamg mana mereka lebih mudah untuk diajar.

Aktiviti

Aktiviti untuk . Dalam bengkel ini petrugas meminta peserta melayari dan membuka permainan berpendidikan di dalam aplikasi dan meminta peserta memilih permainan berbentuk puzzle bendera.Petugas memberi tunjuk ajar terlebih dahulu bagaimana cara untuk mengambil dan menyusun di ruang kotak yang disediakan tersebut. Setelah itu, peserta sendiri yang mencantumkan mengikut kesesuaian kotak yang diberikan sehingga terhasilnya bendera daripada cantuman tersebut. Dengan bengkel ini dapat memebentuk dan memperluaskan minda pelajar secara kreatif dan inovasi pembelajaran dalam ict tersebut. Peserta dapat memahami dan berjaya menyiapkan puzzle tersebut dengan baik.

Gambar Disini

 

 

Tarikh : 09.11.2023
Masa : 11.00 pg - 12.00 ptg
Lokasi : HBK Pedi Kg Lay Out
Peserta : 32 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel keuasahawanan adalah bertujuan untuk mendedahkan dan membantu peserta dalam peamasaran produk yang lebih luasmenggunakan teknologi media baru sebagai medium untuk menjual. Selain itu, bengkel ini juga bertujuan untuk memberi pengetahuan tentang peluang perniagaan kebolehan membangunkan perancangan perniagaan dan memanfaatkan teknologi sebagai tempat untuk meluaskan pasaran produk. Secara langsung ini dapat menghebahkan dan memperluaskan nama pedi keapada komuniti.

Aktiviti

Aktiviti bengkel ini telah diadakan di HBK Kg Lay Out Tok Saboh yang mana kebanyakkan yang hadir adalah terdiri daripada ushawan. Topik pada  bengkel tersebut adalah mengenai kemahiran keusahawnan yang mana kemahiran keusahawanan penting untuk membantu penjanaan peluang  dan penghasilan pelbagai produk menerusi inovasi dan kreativiti usahawan. Dalam bengkel ini peserta diajar bagaimana untuk mengukuhkan lagi kemahiran seperti teknik penyelesaian masalah, kemahiran pengurusan perniagaan, kewangan, pemasaran digital dan sebagainya. Melalui kelas ini juga adalah salah atu bentuk untuk usahawan mengukuhkan lagi kemahiran keusahawanan hal ini kearana dalam bengkel sebegini usahawan akan dapat memanfaatkan ilmu yang diajar ke dalam pengurusan perniagaan serta bagaimana cara untuk membentuk jaringan bagi mengukuhkan lagi perniagaan. Peserta dapat memahami dengan baik apa yang telah disampaikan dalam bengkel tersebut.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh : 09.11.2023
Masa : 12.00 ptg - 1.00 ptg
Lokasi : HBK Pedi Kg Lay Out
Peserta : 32 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk membantu peserta dalam tenik asas pemasaran dalam aplikasi media baru bagi memasarkan dan meluaskan lagi perniagaan mereka. Malah, bengkel ini juga melatih dan meningkatkan kemahiran peserta dalam teknologi ict dan komputer agar mahir untuk mencari maklumat serta mempromisikan produk dalam kalangan usahwan. Secara langsung ini juga dapat mempromosikan perkhidmatan secara meluas kepada komuniti.

Aktiviti

Bengkel ini telah dijalankan di HBK Kg Lay Out Tok Saboh yang mana bengkel ini menfokuskan pada topik keushawanan sosial media dalam membuat promosi produk perniagaan. Dalam bengkel ini peserta diterangkan dan diajarkan bagaimana cara untuk membuat promosi melalui media sosial untuk mempromosikan produk. Peserta diajar bagaimana untuk memasukan keterangan promosi jualan melalui media sosial seperti tik tok, instagram, whatsapp, tik tok, shopee, dan sebagainya. Selain itu, peserta diajarkan bagaimana cara membuat ayat atau copywritting yang berkesan untuk mempromosikan produk dan juga bagaimana cara untuk memasukan gambar melalui media sosial seperti facebook, instagram, tik tok dan sebagainya. Melalui promosi ini secara langsung ia dapat meningkatkan jualan dan meluaskan pasaran produk seseorang ushawan. Promosi melalui media sosial adalah pilihan tepat mempromosikan produk menggunakan teknik baru dengan mesej yang boleh disampaikan secara langsung dan tidak langsung. Peserta memahami dengan baik.

Gambar Disini

 

 

 

Tarikh : 09.11.2023
Masa : 10.00 pg - 11.00 pg
Lokasi : HBK Pedi Kg Lay Out
Peserta : 32 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel keuasahawanan adalah bertujuan untuk mendedahkan dan membantu peserta dalam teknik asas pemasaran dalam talian atau pemasaran atas talian bagi memperluaskan lagi pemasran produk usahawan sendiri. Selain itu menggalakkan dan meningkatkan pengetahuan peserta untuk pasaran melaui kedai atas talian atau kedai online seperti tik tok shop, shopee, instagram, tekegram dan sebagainya. Sekali gus dengan bengkel yang diadakan ini akan dapat mempromosikan kepada komuniti tentang aktiviti lain yang dijalankan selain daripada perkhidmatan yang sedia ada di PEDi.

Aktiviti

Bengkel ini diadakan di HBK Kg Lay Out Tok Saboh ini adalah tentang bagaimana untuk memasarkan produk dalam talian seperti tik tok shop, shopee, lazada, facebook dan sebagainya. Dalam bengkel ushawan ini diajar peserta bagaimana cara untuk memasarkan produk dalam talian menggunakan medium bahru yang mana ia dapat meluaskan lagi pemasran produk seseorang ushawan. Selain itu, dalam bengkel ini juga peserta diajar bagaimana untuk meluaskan pasaran dan ushawan itu sendiri perlu merebut peluang untuk memasarkan produk dalam talian seperti cara mendaftarkan diri dan cara menjual atau membuat promosi melalui atas talian secara langsung ia dapat menjana pendapatan lebih kepada sesorang usahawan serta meningkatkan jualan dan nama produk. Pemasaran dalam talian ini merupakan pasaran digital terkini yang mendapat sambutan serta lebih mudah untuk mendapatakan pelanggan. Secara tidak langsung ini akan dapat mewujudkan usahawan digital yang mentransformasi perniagaan dan membangunkan dengan menggunakan teknologi digital terkini. Peserta dapat memahami dengan baik apa yang telah disampaikan dalam bengkel tersebut.

Gambar Disini