Tarikh : 14.11.2023
Masa : 03.00 ptg - 05.00 ptg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta : 3 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedehan tentang ict dan bagaimana cara untuk menggunakan komputer untuk menaip di applikasi Microsoft Word. Selain itu, kelas ict ini juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran ict khususnya kemahiran menaip di applikasi Microsoft Word supaya dapat digunakan dalam urusan harian peserta sama ada alam urusan persekolah, pekerjaan, persatuan dan lain-lain. Malah, diharapkan dengan adanya program sebegini secara langsung dapat mempromosikan PEDI untuk komuniti.

Aktiviti

Aktiviti ini dimulakan dengan penerangan ringkas daripada petugas tentang tools yang ada dalam Microsoft Word dan juga bagaimana cara untuk menggunakan komponen komputer seperti 'keyboard' dan tetikus untuk menaip di applikasi tersebut. Malah, peserta juga diajar cara untuk  menulis menggunkana tools – tools atau elemen- elemen dalam penulian surat dengan teliti tanpa meninggalkan format yang diperlukan di dalam sebuah surat. Selain itu, peserta juga telah pandai menggunakan 'keyboard' untuk menaip seperti penggunaan 'caps lock', 'space', 'ctrl + c; dan lain-lain yang asas dalam menaip di applikasi Microsoft Word ini. Peserta berjaya menyiapkan aktiviti menaip dengan baik dan berharap peserta dapat membiasakan diri dalam menaip yang mana akan memudahkan urusan peserta masa akan datang.

Gambar Disini

 

 

 

Tarikh : 11.11.2023
Masa : 10.00 pg - 12.00 ptg
Lokasi : HBK Pedi Kg Lay Out
Peserta : 20 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel e-learning kuiz  ini bertujuan untuk memberikan ilmu pengetahuan dan pendedahan mengenai kepentingan ict dan penggunaan e-learning sebagai salah satu bentuk pembelajaran. Malah, dengan adanya kuiz e-learning ini ia secara tidak langsung dapat menarik minat peserta untuk belajar dan menyebarkan unsur positif dalam penggunaan internet sekali gus, ini dapat mempromosikan PEDI untuk komuniti agar lebih ramai lagi menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh PEDI.  

Aktiviti

Aktiviti ini telah diadakan di Kg Lay Out Tok Saboh sempena Hari Bersama Kmonuti di Kg Lay Out dalam bentuk  E-Learning iaitu kuiz online. Dalam bengkel ini aktiviti yang dijalankan melalui applikasi yang dipilih oleh petugas PEDI seperti applikasi kahoot untuk peserta menjawab berpandukan skrin supaya peserta faham bagaimana cara untuk menjawab kuiz E-Learning ini. Dengan adanya kuiz E-Learning ini dapat membantu peserta menjawab soalan kuiz dengan cekap dan menambah ilmu pengetahuan dalam pembelajaran mahupun isu semasa serta mahir dalam penggunaan komputer. Selain itu, dalam bengkel ini juga peserta diberi peluang untuk bertanya lebih teperinci mengenai kuiz mahupun dari soalan-soalan yang diberikan oleh petugas. Perserta berjaya menjawab kuiz E-Learning dan memahami dengan baik dan diharapkan dengan kepelbagaian program sebegini akan dapat menarik minat peserta lain untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh PEDI.

Gambar Disini

 

 

 

 

Tarikh : 09.11.2023
Masa : 5.00 ptg - 6.00 ptg
Lokasi : HBK Pedi Kg Lay Out
Peserta : 30 Orang

 

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan pelajar tentang bagaimana cara untuk menggunakan ict. Manakala stem pula bertujuan untuk melatih peserta berfikir dan meningkatkan kreativiti peserta dalam aktiviti ini. Secara tidak langsung bengkel ini dapat memperluaskan dan menarik minat komuniti untuk menyertai aktiviti percuma di pedi.

Aktiviti

Aktiviti ini merupakan aktiviti stem menghasilkan buih belon atau magic bubble dengan menggunakan bahan yang telah disediakan oleh petugas PEDI. Aktiviti ini memerlukan air, straw, sabun dan lain-lain untuk menghasilkan buih. Peserta akan mencampurkan kesemua bahan tersebut selepas itu, peserta akan mencelup straw tersebut serta peserta perlu fokus pada pergerakan halus mulut dan menghembus nafas di lubang straw di mana akan membantu mereka untuk lebih fokus supaya ia mengeluarkan buih belon. Aktiviti sangat menarik kerana ia dapat meningkatkan fokus dan daya perhatian dalam menghasilkan buih belon tersebut dan dalam bengkel ini juga peserta akan dapat lihat dan menerangkan tentang aktiviti yang telah dijalankan. Peserta berjaya menghasilka buih dan memahami dengan baik.

Gambar Disini

 

 

 

Tarikh : 10.11.2023
Masa : 10.00 pg - 11.00 pg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta : 1 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk melatih dan meningkatkan kemahiran peserta dalam teknologi ict dan komputer agar mahir serta mendedahkan peserta dengan applikasi baru seperti vanca yang mana memudahkan peserta untuk menggunakannya. Secara langsung kelas ict dapat meningkatkan ilmu pengetahuan peserta terhadap ict dan applikasi yang dapat digunakan serta dapat menjana ke arah minda yang kreatif dan celik it. Malah, kelas ini juga dapat mempromosikan pedi secara langsung kepada komuniti tentang perkhidmatan yang terdapat disini.

Aktiviti

Aktiviti bengkel ini dimulakan dengan penerangan secara ringkas tentang applikasi yang akan digunakan dalam bengkel ini. Peserta diminta untuk mendaftarkan diri terlebih dahulu untuk memudahkan proses pengeditan dan pemilihan 'template' untuk membuat nota Pendidikan Islam. Selepas mendaftarkan diri peserta telah memilih jenis 'template' nota yang tersedia dalam applikasi tersebut. Setelah itu, peserta mula mengedit 'tempale' tersebut dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada petugas PEDI. Dalam editing 'template' tersebut petugas mengajar bagaimana cara untuk meletakkan imej, pemilihan simbol, bagaimana cara 'upload' dan sebagainya. Selain itu, petugas juga mengajar peserta bagaimana untuk menyimpan kad tersebut dalam bentuk pdf, imej, mp4 dan lain-lain. Peserta berjaya menggunakan canva untuk membuat nota Pendidikan Islam dengan baik. 

Gambar Disini

 

 

 

 

Tarikh : 09.11.2023
Masa : 4.00 ptg - 5.00 ptg
Lokasi : HBK Pedi Kg Lay Out
Peserta : 30 Orang

 

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan pelajar bterhadap teknologi dan ict agar peserta terbiasa menggunakan komputer dan juga dapat meningkatkan kecekapan proses dan pengajaran dan pembelajaran. Sekali gus, dapat memperluaskan dan memperkembangkan pusat internet kepada semua komuniti.

Aktiviti

Aktiviti ini merupakan aktiviti stem yang dijalankan adalah menghasilakan payung terjun atau 'parachute' yang mana ia lebih pada experiment sains yang mudah untuk melihat daya tarikan graviti dan jatuh bebas sesebuah payung yang dihasilkan. Peserta diberikan contoh melalui video dan juga contoh daripada petugas untuk memudahkan peserta dalam menghasilkan payung terjun. Seterusnya, peserta akan mula memotong bahan-bahan yang perlu dipotong dengan bahan yang disediakan oleh petugas PEDI dan kemudian memasang semua bahan-bahan sehingga menjadi payung terjun. Semua aktiviti yang dilaksanakan ini adalah dengan pantauan dan bantuan petugas PEDI. Setelah siap payung terjun tersebut, peserta akan membuat demonstrasi untuk melihat sama ada payung terjun berfungsi atau tidak. Peserta sangat seronok dan memahami dengan baik apa yang telah dihasilkan dan diharap aktiviti sebegini dapat menarik minat peserta untuk menyertai aktiviti pembelajaran ini secara percuma di PEDI.

Gambar Disini

 

 

.