Bengkel E-learning ini adalah bertujuan untuk memberikan latihan ict untuk peserta dalam kalangan prasekolah malah, ia juga adalah untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pra sekolah supaya peserta lebih fokus dan mahir dalam penggunaan komputer sejajar dengan misi negara mewujudkan masyarakat yang celik it sekali gus dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di PEDI kepada orang ramai.
Aktiviti
Aktiviti bengkel ini adalah mengenai pembelajaran melalui applikasi liveworksheets.com yang mana terdapat pelbagai bentuk bahan pembelajaran sesuai untuk pelajar sekolah rendah atau pra sekolah. Dalam aktiviti tersebut pelajar telah mempelajari bagaimana cara untuk menjawab soalan matematik dalam pelbagai bentuk seperti menaip, mencantumkan huruf, menarik garisan ke jawapan yang betul dan sebagainya dengan bantuan dan pantaun daripada petugas PEDI. Selain itu, peserta juga diberikan kuiz puzzle dan juga aktiviti mewarna dalam applikasi tersebut supaya peserta tidak bosan dan berasa seronok untuk menyertai lagi aktiviti-aktiviti di PEDI. Melalui E-learning ini juga secara langsung dapat meningkatkan daya kreativiti serta imaginasi mereka dalam proses pengajian dan pembelajran yang disampaikan dalam kelas ini., Peserta sangat seronok dan berjaya menyiapkan semua aktiviti dengan baik.