Tarikh : 12.12.2023
Masa : 10.30pg - 11.30 pg
Lokasi : Pedi Pasir Akar
Peserta : 33 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel keusahawanan aplikasi shopee dan affilliate ini bertujuan untuk memberikan pendedahan pemasaran produk dan memberi ruang dan peluang untuk peserta mencari pendapatan dengan menyertai affiliate di tik tok dan juga shopee. Selain itu, untuk meningkatkan ilmu pengetahuan ushawan dalam memasrkan produk melalui media bahru seperti shopee, tik tok, instagram, facebook, lazada dan sebagainya untuk meningkatkan jualan dan pasaran serta kreativiti untuk promosi dalam perniagaan. Kelas ini secara tidak langsung dapat menarik minat dan membantu serta dapat mempromosi aktiviti yang terdapat di PEDi kepada komuniti.

Aktiviti

Aktiviti ini dimulakan dengan penerangan secara ringkas oleh petugas tentang bengkel keusahwanan platform shopee dan affiliate ini. Dalam bengkel tersebut peserta diperkenalkan terlebih dahulu platform-platform perniagaan yang boleh peserta jalankan untuk memasarkan produk atau melibatkan diri dalam perniagaan. Peserta diajarkan bagaimana cara untuk mendaftarkan diri dalam affialiate shopee dan juga tik tok untuk memberi ruang kepada mereka dalam mencari pendapatan secra tidak langsung ia juga dapat menjadikan mereka sebagai usahawan walau hanya menjadi affiliate sahaja. Peserta juga mengikuti langkah tersebut dalam mendaftarkan diri untuk platform tersebut dan petugas pedi dan rakan digital pedi juga membantu peserta mengajar bagaimana cara untuk memasukan produk affiliate di shopee dan tik tok. Peserta memahami dengan baik serta berjaya membuka dan mendaftarkan diri dalam platform online tersebut.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh : 10.12.2023
Masa : 2.30 ptg - 4.30 ptg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta

: 1 orang

 

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel softskill atau kemahiran membuat resume ini diadakan bertujuan untuk melatih peserta membuat sendiri resume melalui applikasi yang tersedia seperti Microsoft Word, Canva, Adobe Photoshop dan sebagainya. Pendedahan latihan ini dapat meningkatkan ilmu kemahiran komputer dan juga menaip untuk peserta. Dengan adanya bengkel ini dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di pedi kepada komuniti.

Aktiviti

Aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengajar peserta asas membuat resume menggunakan applikasi seperti canva dan microsoft word. Peserta diajar membuat resume menggunakan applikasi Microsoft Word yang mana ia sangat mudah untuk peserta menaip dan sesuai untuk yang baru belajar untuk membuat resume menggunakan applikasi dalam komputer tersebut. Dalam applikasi tersebut peserta diajar bagaimana untuk memaukan gambar ditengah atau ditepi resume serta peserta juga boleh memilih template sedia ada doi dalam Microsoft Word sebagai rujukan dalam menghasilkan resume. Selain itu, peserta juga diajarkan bagaimana untuk menggunakan 'menu' yang terdapat dalam applikasi seperti penukaran size, warna, jenis tulisan dan lain-lain malah, diajarkan juga teknik-teknik yang mudah dalam menggunakan papan kekunci dan juga teknik dalam membuat resume menggunakan applikasi tersebut. Peserta berjaya menggunakan teknik yang diajar dalam membuat resume dan memahami dengan baik.

Gambar Disini

 

 

 

 

Tarikh : 09.12.2023
Masa : 11.00 pg - 12.00 ptg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta : 14 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel stem ini diadakan adalah bertujuan untuk mendedahkan pelajar terhadap teknologi dan ict serta memupuk sifat kerjasama melalui aktiviti stem ini yang mana memerlukan kerjasama antara semua peserta. Selain itu, dapat melatih pemikiran yang kreatif dan inovasi melalui aktiviti rekacipta ini sekali gus, aktiviti percuma ini dapat menarik minat komuniti menyertai dan memperluaskan lagi promosi Pedi ini.

Aktiviti

Sebelum peserta memulakan aktiviti stem ini peserta telah diberikan penerangan serta demostrasi daripada petugas dan juga video yang dicari sebelum memulakan aktiviti. Aktiviti walking water ini merupakan satu experiment berbentuk sains yang mudah dan selamat untuk dihasilkan oleh peserta. Bahan yang disediakan oleh petugas pedi seperti air, pewarna, gelas, sudu dan tisu diberikan kepada peserta yang telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Peserta mula menghasilkan experiment tersebut dengan memasukan terlebih dahulu air dan pewarna. Air dan pewarna tersebut perlu dilarutkan dengan menggunakan sudu. Setelah kesemua bahan tersebut terlarut, peserta akan meletakan tisu diantara dua gelas ke dalam bahan larutan dan peserta perlu menunggu untuk bahan tersebut bergerak dan menyerap di tisu yang dilipat. Akhir sekali peserta dapat menerangkan kembali secara ringkas daripada experiment tersebut. Secara tidak langsung aktiviti ini dapat menyemai minat peserta ke arah sains dan teknologi dan dapat menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan fenomena alam semula jadi serta pengalaman harian peserta. Peserta berjaya menjalankan experiment walking water ini dengan baik.

Gambar Disini

.

 
 

 

 

 

Tarikh : 09.12.2023
Masa : 12.00 ptg - 1.00 ptg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta : 14 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan peserta terhadapa ict dan juga untuk meningkatkan kemahiran berfikir dan kerjasama melalui aktiviti reka cipta dalam kelas stem-iot ini. Selain itu, aktiviti ini akan meningkatkan kreativiti dan pemikiran kritikal yang mana ia sejajar dengan perkembangan teknologi dan juga pembelajaran pada masa kini. Secara tidak langsung bengkel ini dapat memperluaskan dan menarik minat komuniti untuk menyertai aktiviti percuma di pedi.

Aktiviti

Aktiviti ini merupakan aktiviti stem-oit menghasilkan atau reka cipta straw rocket dengan bahan-bahan yang telah disediakan oleh petugas pedi seperti  straw. kertas warna, pensel untuk membuat gulungan, salotip dan sebagainya. Sebelum peserta menghasilkan reka bentuk tersebut peserta diberikan demotrasi dari video yang dicari dan juga dari petugas pedi untuk memudahkan peserta menghasilkan tersebut. Peserta mula membina straw roket dengan mengutingkan kertas yang dibahagikan kepada dua lipatan. Lepas itu, peserta akan menggulungkan kertas tersebut dengan pensel atau straw, selain itu, straw tersebut di tutup dihujung dengan salotip dan memotong kertas kepada segitiga untuk membentuk sayap. Setelah itu, peserta akan menguji straw rocket tersebut dengan meniup untuk melihat jarak roket tersebut setelah ditiup. Daripada aktiviti ini peserta akan menerangkan secara ringkas tentang aktiviti stem yang dihasilkan tersebut. Aktiviti ini dapat melatih kemahiran tangan untuk mengikat batang supaya ia kukuh dan berfungsi serta bijak berfikir secra kreatif untuk mencapai objektif dalam aktiviti ini Peserta berjaya menghasilka katapult dan memahami dengan baik.

Gambar Disini

 

 

 

Tarikh : 09.12.2023
Masa : 10.00 pg - 11.00 pg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta : 14 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan peserta terhadapa ict dan meningkatkan kemahiran berfikir melalui aktiviti reka cipta dalam kelas stem-iot ini. Selain itu, aktiviti akan memberikan pengetahuan mengenai konsep  komunikasi, kerjasama, kreativiti dan pemikiran kritikal yang mana ia sejajar dengan perkembangan teknologi dan juga pembelajaran pada abad ini. Secara tidak langsung bengkel ini dapat memperluaskan dan menarik minat komuniti untuk menyertai aktiviti percuma di pedi.

Aktiviti

Aktiviti ini merupakan aktiviti stem-oit menghasilakan atau mereka cipta posille katapult iaitu rekabentuk mesin ringkas tuas, dan daya ini adalah sebuah rekabentuk alat balistik yang melancarkan objek atau peluru pada suatu jarak tertentu tanpa menggunakan serbuk letupan. Kesemua peralatan ini telah disediakan oleh petugas Pedi seperti gunting, getah dan batang aiskrim yang besar untuk menghasilkannya. Dalam bengkel ini peserta diberi tunjuk ajar melalui video carian katapult dan mendengar penerangan serta demostrasi oleh petugas Pedi dalam membina katapult ini. Peserta mula membina katapult tersebut dengan bahan-bahan yang telah disediakan dan juga video cara membina katapult sebagai rujukan serta dengan  bantuan dan bimbingan petugas untuk menghasilkan katapult. Setelah peserta dapat menghasilkan belistik dan mekancarkan objek tersebut, peserta akan membuat penerangan secara ringkas tentang katapult. Sekali gus, aktiviti dapat melatih kemahiran tangan untuk mengikat batang supaya ia kukuh dan berfungsi serta bijak berfikir secra kreatif untuk mencapai objektif dalam menghasilkan katapult. Peserta berjaya menghasilka katapult dan memahami dengan baik.

Gambar Disini