Tarikh : 15.12.2023
Masa : 10.00 pg - 12.00 ptg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta : 2 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel e-learning kuiz dalam applikasi canva dan quizz ini adalah bertujuan untuk memberikan ilmu pengetahuan dan pendedahan mengenai kepentingan ict dan penggunaan e-learning sebagai salah satu bentuk pembelajaran. Malah, dengan adanya kuiz e-learning ini ia secara tidak langsung dapat menarik minat peserta untuk belajar dan menyebarkan unsur positif dalam penggunaan internet sekali gus, ini dapat mempromosikan PEDI untuk komuniti agar lebih ramai lagi menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh PEDI.

Aktiviti

Aktiviti ini pembelajaran ini dimulakan dengan penerangan ringkas daripada petugas pedi tentang asas-asas dalam mempelajari canva dan juga menjawab kuiz online dalam laman web yang disediakan. Peserta diajarkan bagaimana cara untuk membuat soalan dan jawapan melalui canva yang boleh dijadikan kuiz pembentangan untuk peserta. Peserta diajarkan bagaimana untuk menambahkan bentuk seperti bulatan, segiempat, bagaimana untuk menulis serta memilih jenis latar belakang termasuk memasukan gambar dalam applikasi canva. Selain itu, peserta juga diajarkan bagaimana cara menjawab soalan di applikasi quizz. Kuiz E-Learning ini dapat membantu peserta menjawab soalan kuiz dengan cekap dan menambah ilmu pengetahuan dalam pembelajaran mahupun isu semasa serta mahir dalam penggunaan komputer. Perserta berjaya menjawab dan menyiapkan kuiz dalam applikasi canva dan quizz sekali gus petugas berharap dengan kepelbagaian program sebegini akan dapat menarik minat peserta lain untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh PEDI.

Gambar Disini

 

 

 

Tarikh : 14.12.2023
Masa : 10.00 pg - 1.00 ptg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta : 3 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk membantu peserta dalam tenik asas pemasaran dan cara untuk menjana pendapatan dengan menyertai platform shopee sebagai affiliate atau menjual dalam platform tersebut. Malah, bengkel ini juga melatih dan meningkatkan kemahiran peserta dalam teknologi ict dan komputer agar mahir untuk mencari maklumat serta mempromisikan produk dalam kalangan usahwan. Secara langsung ini juga dapat mempromosikan perkhidmatan secara meluas kepada komuniti.

Aktiviti

Aktiviti ini dimulakan dengan penerangan secara ringkas asas-asas dan bagaimana shopee boleh menjana pendapatan serta membuka ruang perniagaan oleh Rakan Digital dan Petugas Pedi mengenai platform shopee sebagai medium untuk mempromosikan dan menjual didalam platform tersebut. Dalam bengkel ini peserta diajar asas iaitu cara mendaftarkan diri dan membuka akaun jualan di dalam shopee. Peserta terlebih dahulu diminta untuk memuat turun applikasi shopee di telefon masing-masing bagi yang belum ada applikasi tersebut atau membuka di komputer. Selepas memuat turun atau mendaftarkan akaun masing-masing peserta diajarkan baagaimana untuk mendafatar sebegai saller center atau membuka jualan dengan memasukan maklumat yang diperlukan. Selepas itu,  peserta dibimbing dan diajar bagaimana cara untuk memasukan produk dan juga mengisi maklumat produk yang ingin dijual. Peserta berjaya mengikuti dan membuka kedai online shopee dengan bantuan dan bimbingan daripada petugas dan Rakan Digital Pedi.

Gambar Disini

 

Tarikh : 12.12.2023
Masa : 11.30 pg - 12.30 ptg
Lokasi : Pedi Pasir Akar
Peserta : 33 Orang

 

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel keuasahawanan pemasaran digital ini adalah bertujuan untuk mendedahkan dan membantu peserta dalam teknik asas pemasaran dalam talian atau pemasaran atas talian ini untuk membantu peserta dalam memperkenalkan dan membuka ruang peserta untuk memasarkan produk secara digital. Hal ini kerana, ia seiring dengan perkembangan dunia teknologi yang membolehkan peserta memasarkan dan mempromosikan produk secara digital dengan bantuan platform online dan juga media bahru seperti tik tok, instagram, facebook, youtube dan sebagainya. Sekali gus dengan bengkel yang diadakan ini akan dapat mempromosikan kepada komuniti tentang aktiviti lain yang dijalankan selain daripada perkhidmatan yang sedia ada di PEDi.

Aktiviti

Bengkel ini diadakan di Pedi Kg Pasir Akar adalah mengenai bagaimana untuk seseorang usahawan itu memasarkan produk secara digital menggunakan platform online dan media-media bahru seperti tiktok shopee, lazada, facebook, instagram, lemon, canva dan sebagainya. Dalam bengkel ushawan ini diajarkan bagaimana cara untuk memasarkan dan mendaftarkan serta cara mempromosikan produk dalam talian menggunakan medium bahru yang mana ia dapat meluaskan lagi pemasran dan promosi produk seseorang ushawan. Selain itu, pemasaran digital ini juga merangkumi iklan dan poster yang boleh digunakan atau membolehkan usahawan melakukan sendiri aktiviti reka cipta poster, logo, design sticker untuk promosikan produk secara percuma dengan kemahiran yang diajarkan untuk peserta. Bengkel ini membuka peluang peserta untuk memperluaskan produk dan ushawan itu sendiri perlu merebut peluang untuk meningkatkan ilmu pengetahuan sejajar dengan perkembangan teknologi ini. Secara tidak langsung ini akan dapat mewujudkan usahawan digital yang mentransformasi perniagaan dan membangunkan dengan menggunakan teknologi digital terkini. Peserta dapat memahami dengan baik apa yang telah disampaikan dalam bengkel tersebut.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh : 13.12.2023
Masa : 2.30 ptg - 4.30 ptg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta : 3 Orang

 

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan keapada peserta tentang bagaimana cara untuk mengisi borang secara online atau atas talian. Dengan adanya bengkel ini peserta akan dapat mempelajari dan meningkatkan ilmu pengetahuan terhadap ict dan juga membiasakan peserta dengan penggunaan komputer serta memudahkan pencarian maklumat yang berkaitan. Selain itu, bengkel ini dapat mempromosikan secara meluas tentang perkhidmatan dan juga kelas yang dijalakan disimni kepada komuniti.

Aktiviti

Dalam bengkel ini peserta diminta terlebih dahulu melayari laman web yang ingin diisikan oleh peserta. Masing-masing membuka laman web yang ingin diisi pada hari tersebut antaranya ialah laman web mykpp,yayasan pendidikan maidam, laman web usahawan dan sebagainya. Sebelum itu peserta juga diberikan penerangan secara ringkas asas dalam komputer dan  bagaimana cara untuk mengisi laman web tersebut dengan mendaftarkan diri terlebih dahulu. Selepas mendaftarkan diri peserta diminta untuk mengisi maklumat yang diminta dengan bantuan daripada petugas pedi sehingga peserta berjaya mengisi maklumat dalam laman web tersebut.

Gambar Disini

 

Tarikh : 12.12.2023
Masa : 2.30 ptg - 3.30 ptg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta : 3 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel E-learning ini adalah bertujuan untuk memberikan latihan ict dan meningkatkan kemahiran dalam penggunaan komputer dan juga asas dalam ict terutama pada peserta yang berada di tahap 1 yang mana usia dalam kalangan peserta ini sangat mudah untuk membentuk dan mengajar ilmu kemahiran ini sekali gus, aktiviti ini dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di PEDI kepada orang ramai.

Aktiviti

Aktiviti bengkel ini adalah mengenai pembelajaran melalui applikasi liveworksheets.com yang mana terdapat pelbagai bentuk bahan pembelajaran sesuai untuk pelajar sekolah rendah atau pra sekolah. Dalam aktiviti tersebut pelajar telah mempelajari pelbagai aktiviti kuiz pembelajaran dari ejaan, bahasa melayu, english dan sebagainya. Petugas pedi mengajar peserta bagaimana cara untuk menjawab kuiz dalam applikasi dan bagaimana cara untuk menggunakan papan kekunci dan juga tetikus dalam aktiviti tersebut.Peserta mengikut apa yang telah diajarkan dalam kelas ini dan memahami dengan baik. E-learning ini antara aktiviti percuma yang diajarkan kepada peserta yang ingin mencari ilmu kemahiran komputer malah, diharapkan aktiviti ini juga dapat menarik minat lebih ramai peserta untuk menyertai aktiviti bermanfaat ini di pedi.

Gambar Disini