Tarikh | : 11.01.2024 |
Masa | : 2.30 ptg - 3.30 ptg |
Lokasi | : Pedi Seberang Jerteh |
Peserta | : 4 Orang |
Tujuan
Bengkel E-learning ini adalah bertujuan untuk memberikan latihan ict dan meningkatkan kemahiran dalam penggunaan komputer dan juga asas dalam ict dalam kalangan peserta dan memberikan pengetahuan tentang ict dan pembelajaran secara online. Selain itu dengan akjtiviti ini dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di PEDI kepada orang ramai.
Aktiviti
Aktiviti bengkel ini memfokuskan pembelajaran secara atas talian dalam applikasi liveworksheet untuk meningkatkan pengetahuan dan ilmu bukan Sahaja ict Sahaja tetapi juga pembelajaran. Dalam applikasi ini peserta dapat mempelajari pelbagai kuiz mata Pelajaran dan juga permainan yang berdasarkan pada tahap pembelajaran peserta. Petugas pedi mengajar peserta bagaimana cara untuk menjawab kuiz dalam applikasi dan bagaimana cara untuk menggunakan papan kekunci dan juga tetikus dalam aktiviti tersebut.Peserta mengikut apa yang telah diajarkan dalam kelas ini dan memahami dengan baik. E-learning ini antara aktiviti percuma yang diajarkan kepada peserta yang ingin mencari ilmu kemahiran komputer malah, diharapkan aktiviti ini juga dapat menarik minat lebih ramai peserta untuk menyertai aktiviti bermanfaat ini di pedi.
Tarikh | : 08.01.2024 |
Masa | : 10.00 pg - 12.00 ptg |
Lokasi | : Pedi Seberang Jerteh |
Peserta | : 3 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan adalah untuk memberikan pendedahan dan latihan tentang keusahawanan platform shopee dalam membuka kedai shopee bagi peserta yang ingin menjana pendapatan dan meningkatkan ilmu perniagaan atau pemasaran produk secara online. Selain itu, dapat membantu peserta dalam memperkenalkan dan membuka peluang peserta untuk memasarkan produk secara digital seiring dengan perkembangan teknologi ini membolehkan peserta memasarkan dan menjual melalui platform online seperti shopee. Sekali gus, bengkel yang diadakan ini akan dapat mempromosikan kepada komuniti tentang aktiviti lain yang dijalankan selain daripada perkhidmatan yang sedia ada di PEDI.
Aktiviti
Bengkel ini diadakan adalah mengenai bagaimana cara untuk membuka kedai shopee untuk menjual dan mempromosikan barangan jualan melalui platform shopee. Dalam bengkel ini peserta diperkenalkan terlebih dahulu bagaimana ia berfungsi sebagai jualan untuk produk. Bermula daripada memuat turun applikasi shopee untuk mendaftarkan ke akaun shopee dan juga akaun penjual (saller). Selepas itu, peserta diajarkan juga bagaimana cara untuk memasukan produk jualan dan juga keterangan atau maklumat produk seperti size, warna, berat, nama produk dan sebagainya. Bengkel ini membuka peluang peserta untuk memperluaskan dan meningkatkan pemasran serta jualan produk usahawan. Peserta dapat memahami dengan baik apa yang telah disampaikan dalam bengkel tersebut.
Tarikh | : 3.01.2024 |
Masa | : 3.00 ptg - 5.00 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 5 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahanpeserta dalam ict atau kemahiran komputer yang mana pendedehan awal ini dapat melatih peserta untuk memilih maklumat dan menggunakkan atau memanfaatkan ict ke arah yang bijak serta untuk pelajaran. Selain itu, dengan adanya kelas ict ini secara langsung dapat meluaskan lagi promosi serta hebahan perkhidmatan yang terdapat di pedi ini.
Aktiviti
Dalam aktiviti ini petugas bermula dengan memperkenalkan dan menerangkan secara ringkas tentang aktiviti yang akan dijalankan supaya memudahkan kefahaman peserta sebelum aktiviti dijalankan. Dalam bengkel ini petugas Pedi telah membuka setiap komputer ke laman web Wordwall dan Uptoten untuk mereka mempelajari serta bermain dalam applikasi tersebut. Peserta diajarkan bagaimana untuk menjawab kuiz atau soalan berkaitan pelajaran seperti Bahasa Melayu, Matematik, English dan lain-lain dalam applikasi Wordwall. Selain itu, petugas Pedi juga mengajar bagaimana cara untuk mewarna menggunakan applikasi Uptoten, dengan kedua-dua applikasi ini ia dapat menimgkatkan kemahiran berfikir dan imaginasi serta fokus mereka dalam sesuatu perkara. Peserta diajarkan bagaimana untuk menggerakkan berus warna, memilih jawapan, bagaimana cara untuk menyemak keputusan kuiz dan sebagainya. Peserta mengikut langkah yang diajar petugas melalui paparan skrin depan untuk memudahkan proses pembelajaran dan pemahaman peserta dalam menggunakan applikasi tersebut. Peserta berjaya menjawab kuiz dan memahami dengan baik.
Tarikh | : 06.01.2024 |
Masa | : 10.45 pg - 11.45 pg |
Lokasi | : Pedi Seberang Jerteh |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan peserta mengenai ict dan latihan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam ict dan juga komputer. Malah, dengan aktiviti ini juga dapat meningkatkan kemahiran dan celik it dalam kalangan peserta yang mana ia dapat memicu kepada generasi yang bijak dan inovatif. Secara langsung ini juga dapat mempromosikan perkhidmatan secara meluas kepada komuniti.
Aktiviti
Bengkel ini merupakan kelas tuisyen mengenal huruf terbuka yang dijalankan disini secara online untuk peserta yang telah berdaftar. Petugas hanya mengajar bagaimana cara untuk menggunakan applikasi zoom seperti membuka audio, cara menaip di ruangan chat, membuka camera dan sebagainya. Pada minggu tersebut peserta diajarkan oleh cikgu tentang huruf A sehingga Z dan latih tubi mengenal huruf dengan menyambung huruf A sehingga Z serta diajar bagaimana cara untuk bermain soalan kuiz permainan dalam applikasi yang telah disediakan oleh cikgu tuisyen pada kelas tersebut. Peserta berjaya memasuki kelas online dan memahami apa yang telah diajar dalam kelas tuisyen tersebut dengan baik.
Tarikh | : 2.01.2024 |
Masa | : 2.30 ptg - 4.30 ptg |
Lokasi | : Pedi Seberang Jerteh |
Peserta | : 24 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk membantu peserta bagaimana untuk mengisi maklumat atau kemaskini data dalam portal atau laman sesawang HRMIS dan juga membantu peserta mempelajari bagaimana cara untuk menggunakan Microsoft Excel untuk membuat jadual dan menu. Dengan adanya bengkel ini peserta dapat mengetahui cara untuk mengisi di laman web dan secara tidak langsung ict ini dapat membantu meningkatkan kemahiran dalam ict dan juga membuka ruang peserta sebagai guru tabika untuk memperluaskan dan mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran secara inovatif dan kreatif. Sekali gus ini dapat mempromosikan pedi kepada komuniti tentang aktiviti yang dijalankan di sini.
Aktiviti
Dalam bengkel ini peserta diterangkan dahulu tentang laman sesawang dan bagaimana cara untuk mengisi dalam laman sesawang HRMIS tersebut. Peserta diminta untuk membuka atau melayari laman sesawang HRMIS dan juga peserta diminta untuk memasukan id atau katalaluan bagi meraka yang telah berdaftar. Setelah semua peserta dapat memasuki HRMIS ini, petugas meminta peserta untuk mengisi atau mengemaskini data bedasarkan malumat peserta sambil dipantau oleh petugas. Selain itu peserta diajarkan bagaimana cara untuk membuat menu makanan harian untuk pelajar atau bisnes jualan sampingan mereka serta bagaimana cara untuk membuat jadual menu atau jadual harga barang peserta dengan menggunakan Microsoft Excel. Peserta memahami dan berjaya mengisi maklumat data mereka ke dalam laman HRMIS dengan baik.