Tarikh : 23.01.2024
Masa : 3.30 ptg - 5.30 ptg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta : 2 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dalam komputer dan ict dan juga untuk memberikan pendedahan tentang fungsi Microsoft Word yang boleh digunakan untuk digunakan dalam membuat kerja kursus. Selain itu, memperkenalkan fungsi asas dan juga menu atau alat yang boleh digunakan dalam applikasi tersebut. Secara langsung bengkel percuma ini dapat menggalakkan dan memghebahkan lagi perkhidmatan dan aktiviti yang dijalankan disini.

Aktiviti

Bengkel ini dimulakan dengan penerangan ringkas bagaimana cara untuk menggunakan Microsoft Word untuk membuat kerja kursus. Dalam bengkel ini peserta diajar bagaimana cara untuk memasukkan gambar, memperbesarkan gambar, meletakkan perkataan dibahagian tepi atau me ukarkan size serta tulisan. Selain itu, bengkel  tersebut juga diajarkan dan dibimbing oleh petugas bagaimana untuk menaip dan mengajar teknik seperti bagaimana cara untuk memasukan simbol khas dalam applikasi dengan penggunaan menu 'insert', 'format gambar', 'crop' 'layout' dan sebagainya. Diharapkan dengan adanya bengkel percuma ini peserta dapat menggunakan ilmu dan mempraktikkan pembelajaran dalam membuat tugasan menggunakan Microsoft Word ini. Peserta berjaya menyiapkan kerja kursus dengan baik.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh : 22.01.2024
Masa : 3.00 ptg - 4.00 ptg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta : 1 Orang

 

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel memberi pendedahan kepada peserta asas dalam membuat gmail atau email yang mana kini semakin penting dan digunakan secara meluas dalam setiap urusan. Selain itu, aktiviti ini diadakan juga adalah untuk memberi pengetahuan tentang fungsi asas yang ada dalam gmail dan aktiviti ini dapat menghebahkan lagi aktiviti serta perkhidmatan yang ada disini.

Aktiviti
Bengkel ini dimulakan dengan penerangan secara ringkas tentang fungsi dan bagaimana cara untuk membuka akaun email/gmail yang ingin digunakan. Terlebih dahulu peserta diminta untuk membuka laman web applikasi gmail menggunakan browser yang tersedia dalam komputer. Selain itu, peserta diajar bagaimana cara untuk mendaftar akaun gmail/email tersebut dengan mencipta nama akaun, masukkan no telefon serta maklumat lain yang diminta sebelum emel berjaya dicipta. Malah, petugas juga membantu peserta dalam mengajar bagaimana cara untuk menghantar pesanan melalui email ke pada seseorang serta bagaimana untuk memasukan file 'attach' serta cara menaip di pesanan email tersebut. Peserta berjaya menhantar pesanan dan memahami dengan baik. 

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tarikh : 14.01.2024
Masa : 11.00 pg - 12.00 ptg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta : 1 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel softskill atau kemahiran membuat resume ini adalah bertujuan untuk memberikan Latihan dan meningkatkan kemahiran komputer dalam menggunakan komputer dalam membuat resume. Dengan adanya bengkel ini dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di pedi kepada komuniti.

Aktiviti

Aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengajar peserta asas membuat resume menggunakan applikasi seperti canva dan microsoft word. Peserta diajar membuat resume menggunakan applikasi Microsoft Word yang mana peserta diajarkan menaip dan memasukan maklumat melalui resume. Selain itu, peserta juga diajarkan bagaimana untuk menggunakan 'menu' yang terdapat dalam applikasi seperti penukaran size, warna, jenis tulisan dan lain-lain malah, diajarkan juga teknik-teknik yang mudah dalam menggunakan papan kekunci dan juga teknik dalam membuat resume menggunakan applikasi tersebut. Malah, peserta juga dibimbing dan diajarkan juga bagaimana cara untuk memasukkan gambar dan menggerakkan gambar tersebut melalui format gambar. Peserta berjaya menggunakan teknik yang diajar dalam membuat resume dan memahami dengan baik.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh : 15.01.2024
Masa : 4.00 ptg - 5.00 ptg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta : 2 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel Asas Pembangunan lamam web ini adalah bertujuan untuk melatih dan membantu peserta dalam mencari dan pengisian maklumat melalui laman web tersebut. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran dan mendedahkan penggunaan ict kepada peserta untuk menggunakan dengan bijak dalam mencari maklumat sekali gus dapat mempromosikan dan menghebahkan lagi perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pedi.

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan adalah peserta diberi tunjuk ajar bagaimana cara untuk menggunakan laman web untuk mengisi maklumat dalam applikasi KWSP dan juga JPNIN.  Dalam bengkel tersebut petugas membantu dengan memberi tunjuk ajar bagaimana cara untuk mencari laman website dan membimbing peserta dalam mengisi dari masuk ke sistem sehingga cara untuk memasukkan dokumen ke dalam applikasi tersebut.  Melalui tunjuk ajar tersebut peserta berjaya mengisi maklumat dalam laman web tersebut dengan baik.

Gambar Disini

 

 

 

Tarikh : 13.01.2024
Masa : 2.30 ptg - 3.30 ptg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta : 6 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel ini diadakan adalah bertujuan untuk memberikan Pendidikan yang meningkatkan daya saing dalam kalangan pelajar sekolah disamping melatih dan mendedahkan kemahiran ict dalam kalangan peserta. Selain itu, bengkel ini dapat memperluaskan lagi perkhidmatan yang terdapat di pedi.

Aktiviti

Bengkel ini adalah aktiviti stem membina atau menghasilkan robotic hand. Sebelum stem ini dihasilkan petugas terlebih dahulu membuat demostrasi bagaimana cara untuk membuat robotic hand melalui carian video di laman web Pedi sendiri. Pada bengkel tersebut petrugas telah menunjuk ajar bagaimana cara untuk membuat 'robotic hand' yang menggunakan bahan sekeliling yang mereka sentiasa guna seperti benang, straw, kertas atau kotak kitar semula untuk mencipta sebuah 'robotic hand'. Setiap pelajar menunjukkan komitmen yang jitu dalam menjayakan projek dan peserta sangat teruja dengan projek ‘robotic hand’.

Gambar Disini