Tarikh | : 24.02.2024 |
Masa | : 10.00 pg - 11.00 pg |
Lokasi | : HBK Pedi Tembila |
Peserta | : 30 Orang |
Tujuan
Bengkel ini diadakan adalah bertujuan untuk memberikan Pendidikan yang meningkatkan daya saing dalam kalangan pelajar sekolah disamping melatih dan mendedahkan kemahiran ict dalam kalangan peserta. Selain itu, bengkel ini dapat memperluaskan lagi perkhidmatan yang terdapat di pedi.
Aktiviti
Bengkel ini adalah merupakan aktiviti steam yang berbentuk eksperiment 'larva lamp' iaitu menghasilkan untuk melihat gelombang yang terhasil daripada bahan yang akan dicampurkan oleh peserta. Kesemua bahan tersebut telah disediakan oleh petugas seperti air mineral. gelas, minyak masak, pewarna makanan dan panadol soluble. Aktiviti ini dimulakan dengan mengisi air dan minyak masak ke dalam gelas, selepas itu, peserta akan titiskan pewarna makanan dan masukkan panodl soluble untuk melihat pergerakan "lava" terhasil atau "lava" akan menaik selepas bahan tersebut dicampurkan. Akhir sekali peserta akan dapat mengetahui bagaimana gelombang gas karbon dioksida yang menarik terhasil dan dapat menambah ilmu sains melalui aktiviti steam ini. Peserta sangat teruja dengan projek eskperiment "larva lamp" ini.
Tarikh | : 24.02.2024 |
Masa | : 9.00 pg - 10.00 pg |
Lokasi | : HBK Pedi Tembila |
Peserta |
: 30 orang |
Tujuan
Bengkel steam ini diadakan adalah bertujuan untuk membina pemikiran kreatif dan memupuk sifat kerjasama melalui aktiviti steam ini. Selain itu, aktiviti ini juga secara langsung dapat mendedahkan peserta terhadap ict melalui carian pendidikan steam ini sekali gus, aktiviti percuma ini dapat menarik minat komuniti menyertai dan memperluaskan lagi promosi Pedi ini.
Aktiviti
Sebelum peserta memulakan aktiviti stem ini peserta telah diberikan penerangan serta demostrasi daripada petugas dan juga melalui video supaya peserta memahami bagaimana cara untuk membuat eksperiment ini. Dalam aktiviti peserta diberikan baha-bahan yang disediakan oleh Petugas Pedi seperti air, pewarna, gelas, sudu dan tisu diberikan. Aktiviti ini dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk memudahkan dan membentuk kerjasama melalui aktiviti steam ini. Permulaan aktiviti ini peserta akan memasukan terlebih dahulu air dan pewarna. Air dan pewarna tersebut perlu dilarutkan dengan menggunakan sudu. Setelah kesemua bahan tersebut terlarut, peserta akan meletakan tisu diantara dua gelas ke dalam bahan larutan dan peserta perlu menunggu untuk bahan tersebut bergerak dan menyerap di tisu yang dilipat. Akhir sekali peserta dapat melihat pergerakan air tersebut dan menerangkan kembali secara ringkas daripada experiment tersebut. Secara tidak langsung aktiviti ini dapat menyemai minat peserta ke arah sains dan teknologi dan dapat menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan fenomena alam semula jadi serta pengalaman harian peserta. Peserta berjaya menjalankan experiment walking water ini dengan baik.
Tarikh | : 19.02.2024 |
Masa | : 11.00 pg - 12.00 ptg |
Lokasi | : Pedi Seberang Jerteh |
Peserta | : 10 Orang |
Tujuan
Bengkel E-learning ini adalah bertujuan untuk memberikan latihan ict dan meningkatkan kemahiran serta ilmu pengetahuan peserta dalam penggunaan komputer atau teknologi. Selain itu dengan akjtiviti ini dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di PEDI kepada orang ramai.
Aktiviti
Aktiviti bengkel ini memfokuskan pembelajaran secara atas talian dalam applikasi liveworksheet yang mana applikasi ini banyak aktiviti pembelajaran mengikut subjek dan tahap masing-masing. Peserta diminta untuk membuka applikasi tersebut dan perlu menjawab kuiz yang dipilih oleh peserta dan petugas. Dalam aktiviti ini peserta diajarkan bagaimana cara untuk menjawab atau bagaimana untuk memilih jawapan menggunakan papan kekunci untuk menaip soalan atau menggunakan tetikus. Akhir sekali peserta akan menyemak keputusan sama ada betul atau salah jawapan yang telah dipilih. E-learning ini antara aktiviti percuma yang diajarkan kepada peserta dan diharapkan aktiviti ini juga dapat menarik minat lebih ramai peserta untuk menyertai aktiviti bermanfaat ini di pedi.
Tarikh | : 20.02.2024 |
Masa | : 11.00 pg - 12.00 ptg |
Lokasi | : Pedi Seberang Jerteh |
Peserta | : 3 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan terhadap ict dan kegunaan komputer supaya mereka mahir dalam penggunaan komputer serta melatih untuk meningkatkan kemahiran dan juga pemikiran yang kreatif. Selain itu, dengan adanya kelas ict ini secara langsung dapat meluaskan lagi promosi serta hebahan perkhidmatan yang terdapat di pedi ini.
Aktiviti
Aktiviti ini dimulakan dengan penerangan ringkas bagaimana untuk mencari laman web pembelajaran dengan meminta peserta untuk menaip di browser dan mencari laman web applikasi ABCYA.Setelah peserta membuka applikasi tersebut, petugas akan memilih aktiviti permainan yang berbentuk pelajaran mengenal huruf atau nombor. Peserta dibantu dan diajarkan bagaimana cara untuk bermain permainan berbentuk pembelajaran dan kuiz ini supaya mereka faham bagaimana ia berfungsi serta mudah untuk diterima ilmu sebegini kerana ia tidak akan membosankan sekali gus pembelajaran ini akan membuat mereka lebih fokus terhadap pemkbelajaran ini. Peserta sangat seronok dan teruja dalam menyelesaikan permainan berpendidikan ini.
Tarikh | : 18.02.2024 |
Masa | : 10.00 pg - 11.00 pg |
Lokasi | : Pedi Seberang Jerteh |
Peserta | : 11 Orang |
Tujuan
Bengkel Asas ini adalah bertujuan untuk memberikan pengetahuan ict dalam menterjemahkan rumi kepada jawi untuk mengangkat martabat bahasa jawi serta mededahkan peserta kepada kemahiran teknologi Maklumat dan Komunikasi. Kemahiran komputer dan penggunaan applikasi dapat dipertingkatkan dan mendidik masyarakat menggunakan ict dengan bijak dan memberikan manfaat kepada mereka. Sekali gus, bengkel ini juga dapat memperluaskan lagi perkhidmatan yang ditawarkan di pedi ini.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan adalah peserta diberi tunjuk ajar bagaimana cara untuk menterjemahkan daripada rumi ke jawi serta bagaimana cara untuk memasukkan dan menyunting tulisan jawi ke dalam applikasi Power Point. Terlebih dahulu peserta diminta untuk membuka browser jawi.net untuk menterjemahkan tulisan rumi ke jawi. Setelah itu, peserta diminta untuk menulis nama peserta dan menekan butang terjemah nama ke jawi. Selain itu, peserta diajarkan pula bagaimana cara untuk 'cppy' atau menyalin tulisan jawi dan memasukkan ke dalam applikasi Power Point. Dalam applikasi Power Point tersebut peserta diajarkan oleh petugas bagaimana cara untuk memilih 'template' yang sedia ada , cara untuk memasukkan gambar, menukarkan size tulisan, jenis, pertukaran warna dan sebagainya. Degan teknik-teknik yang diajarkan tersebut peserta berjaya menterjemahkan tulisan rumi ke jawi dan juga berjaya menyunting tulisan jawi dalam applikasi Power Point dengan bantuan daripada Petugas Pedi.