Tarikh : 09.11.2023
Masa : 3.00 ptg - 4.00 ptg
Lokasi : HBK Pedi Kg Lay Out
Peserta : 30 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan memperluaskan penggunaan ict dalam pembelajaran. Dengan adanya ict ini keberkesanan aktiviti pembelajaran dapat dipertingkatkan serta dapat membentuk pemikiran yang kreatif sekali gus, kelas ini akan memperluaskan lagi penggunaan dan perkhidmatan yang terdapat di pedi ini.

Aktiviti

Bengkel ini diadakan bersama komuniti di HBK Kg Lay Out yang mana aktiviti hari tersebut ialah membuat atau mencipta roket paper. Petugas menyediakan bahan-bahan seperti gunting, kertas, straw dan lain-lain untuk menghasilkan sebuah roket paper. Petugas juga telah memberikan contoh  dan membantu peserta dalam membuat roket menggunakan kertas tersebut. Peserta perlu melipat kertas dan perlu menggulung kertas itu mengikut saiz straw. Kemudian, kertas yang digulung perlu di salotep dibahagian tepi serta dibahagian atas kertas balutan yang telah dibalut oleh peserta. Selain itu, peserta perlu memasukkan straw ke dalam lubang kertas yang dibalut dan peserta perlu meniup straw tadi menghala ke atas untuk menguji sama ada roket yang dibuat oleh peserta boleh terbang ataupun tidak. Peserta memahami dengan baik dan berjaya menyiapkan serta menerbangkan roket paper tersebut.

Gambar Disini