Tarikh : 09.11.2023
Masa : 10.00 pg - 11.00 pg
Lokasi : HBK Pedi Kg Lay Out
Peserta : 32 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel keuasahawanan adalah bertujuan untuk mendedahkan dan membantu peserta dalam teknik asas pemasaran dalam talian atau pemasaran atas talian bagi memperluaskan lagi pemasran produk usahawan sendiri. Selain itu menggalakkan dan meningkatkan pengetahuan peserta untuk pasaran melaui kedai atas talian atau kedai online seperti tik tok shop, shopee, instagram, tekegram dan sebagainya. Sekali gus dengan bengkel yang diadakan ini akan dapat mempromosikan kepada komuniti tentang aktiviti lain yang dijalankan selain daripada perkhidmatan yang sedia ada di PEDi.

Aktiviti

Bengkel ini diadakan di HBK Kg Lay Out Tok Saboh ini adalah tentang bagaimana untuk memasarkan produk dalam talian seperti tik tok shop, shopee, lazada, facebook dan sebagainya. Dalam bengkel ushawan ini diajar peserta bagaimana cara untuk memasarkan produk dalam talian menggunakan medium bahru yang mana ia dapat meluaskan lagi pemasran produk seseorang ushawan. Selain itu, dalam bengkel ini juga peserta diajar bagaimana untuk meluaskan pasaran dan ushawan itu sendiri perlu merebut peluang untuk memasarkan produk dalam talian seperti cara mendaftarkan diri dan cara menjual atau membuat promosi melalui atas talian secara langsung ia dapat menjana pendapatan lebih kepada sesorang usahawan serta meningkatkan jualan dan nama produk. Pemasaran dalam talian ini merupakan pasaran digital terkini yang mendapat sambutan serta lebih mudah untuk mendapatakan pelanggan. Secara tidak langsung ini akan dapat mewujudkan usahawan digital yang mentransformasi perniagaan dan membangunkan dengan menggunakan teknologi digital terkini. Peserta dapat memahami dengan baik apa yang telah disampaikan dalam bengkel tersebut.

Gambar Disini