Tarikh : 05.11.2023
Masa : 3.30 ptg - 5.30 ptg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta : 4 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk  melatih dan memperluaskan lagi penggunaan ict dalam kalangan peserta terutama kalangan pelajar sekolah untuk terlibat dengan dunia digital dan ict ini. Selain itu, dapat mewujudkan pelajar yang mahir, kreatif dan inovatif melalui penggunaan ict yang mana sejajar dengan misi negara mewujudkan masyarakat yang celik it sekali gus dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di PEDI kepada orang ramai.

Aktiviti

Aktiviti bengkel ini adalah mengenai pembelajaran melalui applikasi liveworksheets.com dan juga applikasi uptoten untuk pembelajaran dan permainan kuiz berpendidikan yang mana ia akan memberikan keseronokan dan peserta akan lebih fokus dengan pembelajaran secara online ini. Dalam applikasi liveworksheet peserta diajar bagaimana untuk menjawab soalan bahsa melayu dan juga diajar bagaimana cara untuk memeriksa soalan yang telah dijawab. Manakala, applikasi uptoten pula peserta diajar bagaimana cara untuk mewarna secara online dengan memilih warna yang diiginkan dan membawa ke lukisan yang perlu diwarnakan. Kedua-dua applikasi ini dapat membantu meningkatkan kemahiran berfikir dan meningkatkan kreativiti, fokus mata mereka, inovasi dan mahir dalam penggunaan komputer atau ict. Perserta memahami dan belajar dengan baik.

Gambar Disini