Tarikh : 26.10.2023
Masa : 9.00 pg - 12.00 ptg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta : 24 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk  melatih dan memperluaskan lagi penggunaan ict dalam kalangan peserta terutama kalangan pelajar sekolah untuk terlibat dengan dunia digital dan ict ini. Selain itu, dapat mewujudkan pelajar yang mahir, kreatif dan inovatif melalui penggunaan ict yang mana sejajar dengan misi negara mewujudkan masyarakat yang celik it sekali gus dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di PEDI kepada orang ramai.

Aktiviti

Aktiviti bengkel ini adalah mengenai pembelajaran melalui applikasi liveworksheets.com yang mana terdapat pelbagai bentuk bahan pembelajaran sesuai untuk pelajar sekolah rendah atau pra sekolah. Dalam aktiviti tersebut petugas menerangkan dan memperkenalkan peserta dengan pelbagai jenis wang ringgit sebelum mengajar peserta melalui applikasi tersebut. Peserta diajar bagaimana cara untuk menjawab kuiz wang yang telah diajar dalam applikasi tersebuit. Selain itu, aktiviti ini membantu peserta mengenal huruf, bentuk wang dan jenis warna wang untuk membezakan nilai wang tersebut. Aktiviti yang bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak ini dapat meningkatkan kreativiti, fokus mata mereka, inovasi dan mahir dalam penggunaan komputer atau ict. Perserta memahami dan belajar dengan baik.

Gambar Disini