Tarikh : 18.10.2023
Masa : 3.30 ptg - 4.30 ptg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta : 3 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan pelajar mengenai ict dan juga melatih peserta agar terbiasa menggunakan komputer dan juga untuk meningkatkan kreativiti, inovasi dalam diri peserta melalui program ict dan stem ini. Secara tidak langsung bengkel ini dapat memperluaskan dan memperkembangkan pusat internet kepada semua komuniti.

Aktiviti

Aktiviti ini merupakan aktiviti stem 'sink or float' atau aktiviti stem melihat bagaimana objek yang disediakan dapat tenggelam atau tidak . Dalam bengkel ini petugas menerangkan dahulu cara-cara untuk menjalankan aktiviti supaya peserta memahami bagaimana cara untuk melakukannya. Petugas telah menyediakan bahan seperti air, bola, batu, pemadam dan sebagainya. Peserta diminta untuk mengambil barang yang telah diberikan dan mencelupkan ke dalam air untuk melihat barang tersebut berupaya tenggelam atau tidak. Peserta harus menjawab dan menerangkan secara ringkas keadaan bahan tersebut setelah di masukkan ke dalam air. Di akhir aktiviti stem ini pelajar akan dapat mengenalpasti dan menerangkan melalui aktiviti ini. Peserta berjaya membezakan objek yang dapat tenggelam dan tidak tenggelam dengan baik. 

Gambar Disini