Tarikh : 17.10.2023
Masa : 3.00 ptg - 4.00 ptg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh (Fetshu Live Straming)
Peserta : 1 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel keuasahawanan adalah bertujuan untuk mendedahkan dan membantu peserta dalam teknik asas pemasaran dalam aplikasi media baru bagi memasarkan dan meluaskan lagi perniagaan mereka. Selain itu menggalakkan dan meningkatkan pengetahuan peserta untuk pasaran melaui kedai atas talian atau kedai online seperti tik tok shop. Sekali gus dengan bengkel yang diadakan ini akan dapat mempromosikan kepada komuniti tentang aktiviti lain yang dijalankan selain daripada perkhidmatan yang sedia ada di PEDi.

Aktiviti

Permulaan bengkel ini dimulakan dengan penceramah atau guru bengkel memberi penerangan secara ringkas fungsi, jenis dan bagaimana cara kedai atas talian boleh memasarkan produk peserta.  tentang kedai atas talian. Dalam bengkel tersebut, peserta diajarkan bagaimana cara untuk mendaftarkan diri ke dalam tik tok shop dan bagaimana cara menggunakan tik tok shop untuk meningkatkan jualan serta bagaimana kita menaktifkan diri sebagai usahawan dalam tik tok shop tersebut. Selain itu, dalam kelas tersebut juga diajar teknik-teknik yang digunakan untuk menaikkan pasaran produk tik tok shop. Dengan adanya tik tok shop ini peserta dapat menjana pendapatan yang lebih banyak serta meluaskan lagi pemasaran kerana tik tok merupakan pasaran digital terkini yang mendapat sambutan serta lebih mudah untuk mendapatakan pelanggan. Secara tidak langsung ini akan dapat mewujudkan usahawan digital yang mentransformasi perniagaan dan membangunkan dengan menggunakan teknologi digital terkini. Peserta dapat memahami dengan baik apa yang telah disampaikan dalam bengkel tersebut.

Gambar Disini