Tarikh | : 04.10.2023 |
Masa | : 11.00 pg - 12.00 ptg |
Lokasi | : Pedi Seberang Jerteh |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mendedahkan dan meningkatkan ilmu pengetahuan dan pencarian maklumat secara interaktif dan bijak dalam menggunakan internet atau ict. Sekali gus, ini dapat meningkatkan mutu dan penyebaran tentang perkhidmatan yang terdapat disini.
Aktiviti
Dalam bengkel kali ini petugas membantu dan mengajar bagaimana cara membuat borang soal selidik secara online menggunakan Google Form. Dalam bengkel ini petugas telah menunjukkan cara membuat soal selidik melalui Google Form bermula dari laman hadapan sehingga selesai soalan soal selidik tersebut. Permulaan peserta diminta untuk membuka akaun gmail masing-masing untuk membuat form. Selepas akan ada paparan dan jika peserta tiada pilihan boleh bermula daripada kosong atau memilih template sedia ada dan juga akan dibawa ke laman lain jika peserta memilih ‘Blank’.Di ruang Untitled Form itu, petugas meminta peserta mengisi nama atau tajuk borang. Selain itu, peserta juga membantu dan menerangkan jenis jawapan yang akan dibuat sama ada jawapan Multiple Choice atau menggunakan Short Answer. Malah, peserta dibantu juga bagaimana cara untuk menambah soalan melalui ikon '+' tersebut dan bagaimana cara untuk 'send' dan 'link' untuk 'copy dan paste' atau kongsi di mana-mana saluran. peserta berjaya menyiapkan soalan kaji selidik dan memahami dengan baik.