Tarikh : 21.09.2023
Masa : 10.30 pg - 12.30 pg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 2 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta untuk mempelajari teknik dan applikasi yang terdapat dalam ict. Selain itu, ia juga dijalankan untuk melatih dan meningkatkan kemahiran peserta dalam teknologi ict dan komputer agar mahir menggunakan komputer. Secara langsung ini juga dapat mempromosikan perkhidmatan secara meluas kepada komuniti.

Aktiviti

Topik dalam bengkel ini adalah mengenai pengurusan kewangan peribadi yang dijalankan secara atas talian. Dalam bengkel ini diterangkan bagaimana kita menguruskan kewangan dengan bijak dan bagaimana kita mencari peluang dan ruang untuk meningkatkan kewangan kita. Pengurusan kewangan peribadi ini juga mengajar peserta bagaimana untuk mengasingkan wang mengikut pembahagian supaya kita nampak aliran keluar masuk wang kita. Selain itu, bengkel ini juga memberikan pelbagai cara dan juga perancangan yang dapat kita ambil untuk menabung atau cara untuk mengelakkan kita mengambil wang tabungan bagi kestabilan kewangan kita masa hadapan. Peserta memahami dengan baik.

Gambar Disini