Tarikh | : 04.09.2023 |
Masa | : 10.00 pg - 12.00 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 3 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk mempelajari cara menggunakan sesuatu perisian komputer dan peranti-perantinya yang dapat menghasilkan sesuatu melalui penggunaan komputer atau ict. Selain itu, untuk menggalakan penglibatan masyarakat ke arah ict atau komputer untuk men cari maklumat atau menjkalankan tugas serta sesuatu urusan sekali gus dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di PEDI kepada orang ramai.
Aktiviti
Aktiviti ini dimulakan dengan pengenalan kepada komputer atau perkakas komputer seperti 'keyboard', 'tetikus', 'monitor' dan lain-lain. Selain itu, diajarkan juga bagaimana untuk menggunakan keyboard atau papan kekunci seperti bckspace, space, shift dan sebagainya untuk memudahkan peserta dalam mengisi maklumat dalam sistem yang dilawati masing-masing. Petugas mengajar peserta bagaimana untuk membuka laman web tersebut menggunakan browser. Malah, petugas juga membantu peserta dengan menunjukkan langkag atau cara-cara untuk mengisi maklumat atau menjawab peperiksaan dalam laman web PSEE bermula dari pendaftaran sehingga ke langkah untuk mengisi dan menghantar maklumat. Peserta berjaya mengisi dan memahami dengan baik.