Tarikh : 24.08.2023
Masa : 10.30 pg - 12.30 pg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 1 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk melatih dan meningkatkan kemahiran peserta dalam teknologi ict dan komputer agar mahir dan memudahkan peserta untuk mencari maklumat serta mempromisikan terutama dalam kalangan usahwan. Hal ini kerana, pada masa kini teknologi ict ini banyak digunakan dan memberikan impak yang sangat besar kepada sistem terutama dalam pemprosesan data, pencarian maklumat serta kemahiran dalam dunia digital. Secara langsung ini juga dapat mempromosikan perkhidmatan secara meluas kepada komuniti.

Aktiviti

Topik pada bengkel ini ialah pengurusan kewangan yang dijalankan secara atas talian. Dalam bengkel tersebut telah diterangkan secara ringkas mengapa pengurusan kewangan peribadi sangat penting untuk kita merancang masa depan kita agar tidak terbeban dengan hutang mahupun pada masa tuan nanti. Selain itu, bengkel ini juga memberikan pelbagai cara dan juga perancangan yang dapat kita ambil untuk menabung atau cara untuk mengelakkan kita mengambil wang tabungan bagi kestabilan kewangan kita masa hadapan. Dalam bengkel tersebut juga diterangkan sebab yang utama kita perlu menyimpan. Secara tidak langsung bengkel ini juga telah memberikan kesedaran kepada peserta tentang keperluan dan kehendak yang perlu dibezakan untuk menjamin kewangan masa depan peserta. Peserta memahami dengan baik.

Gambar Disini