PENGENALAN               

       Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence Sdn.Bhd. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital di kalalangan komuniti setempat. Sebanyak Terdapat beberapapa fasa dalam menjayakan projek ini iaitu Fasa 1x, Fasa 2, Fasa Felda, Fasa 4, Fasa 5, Fasa 6 dan Fasa 7 telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka. Sehingga tahun 2014, hampir 300 lebih Pusat Internet 1 Malaysia telah diwujudkan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Ia bertujuan mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.

 

       Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat untuk menjadikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian Internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Rangkaian komuniti berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020.

 

     Sebagai persediaan ke arah tersebut, setiap PI1M diberikan tugas untuk mempaparkan satu laman web yang berindentitikan tempatan di mana isi kandungannya menjurus kepada maklumat tempatan. Maklumat-maklumat ini merangkumi maklumat tentang sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan.

 

     Sebagai persediaan ke arah tersebut, setiap PI1M diberikan tugas untuk mempaparkan satu laman web yang berindentitikan tempatan di mana isi kandungannya menjurus kepada maklumat tempatan. Maklumat-maklumat ini merangkumi maklumat tentang sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan.

 

Di masa hadapan, kementerian berhasrat menjadikan PI1M sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut :

 

 

 

Banner PI1M Seberang Jerteh memaparkan perkhidmatan yang disediakan

                                                 

                                                         e-Perkhidmatan Kerajaan (e-Govenment)

                                                         e-Pembelajaran (e-Learning)

                                                         Pengumpulan dan pertukaran maklumat

                                                         Pusat Komunikasi

                                                         Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian

                                                         Pusat peperiksaan dan persijilan.

     

       Pusat Perkhidmatan Ilmu Komuniti ini ditubuhkan bagi membuka ruang kepada komuniti luar bandar untuk mempelajari segala bentuk ilmu yang berkaitan dengan IT dan penggunaan komputer dengan objektif program menyediakan perkhidmatan infrastruktur komunikasi dan kemudahan capaian internet bagi merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan komuniti di bandar.

       Selain peranan yang dimainkan oleh Perpustakaan Desa sebagai pusat rujukan buku-buku ilmiah dan majalah, Pusat Perkhidmatan Ilmu Komuniti dilengkapi kemudahan dan kelengkapan seperti beberapa buah komputer, mesin pencetak (printer), mesin pengimbas (scanner), laminat, binding, fotostat dan kemudahan internet percuma. Segala kemudahan ini disediakan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Telekom Malaysia Berhad di bawah penyeliaan MSD Intelligence Sdn. Bhd. inisiatif dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di bawah projek kerajaan iaitu Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS). Projek ini dilaksanakan oleh pelbagai syarikat telekomunikasi, antaranya syarikat Telekom Malaysia (TM) dengan memfokuskan pemberian perkhidmatan jalur lebar ke luar bandar. 

            

OBJEKTIF PENUBUHAN

    e-Perkhidmatan Kerajaan (e-Govenment)

    e-Pembelajaran (e-Learning)

    Pengumpulan dan pertukaran maklumat

    Pusat Komunikasi

    Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian

    Pusat peperiksaan dan persijilan.

   Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar    Kebangsaan

  Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.

  Memberi kemudahan capaian jalur lebar kepada komuniti tempatan

  Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan mengenai teknologi komputer dan internet

  Meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di PI1M

 

               

        Selain itu juga, PI1M menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua yang berdaftar sebagai ahli dan diisyaratkan kepada yang ingin berdaftar, haruslah mendaftar sebagai ahli PI1M terlebih dahulu. Disamping itu juga, PI1M juga menyediakan perkhidmatan internet jalur lebar, printing, scanning, laminate, binding dan zon internet tanpa wayar (wifi zone) kepada semua golongan khususnya penduduk kampung.

        Sebanyak 20 buah komputer dengan kelajuan internet yang berkelajuan tinggi iaitu 8 mbps disediakan di PI1M Seberang Jerteh dimana 10 buah digunakan untuk kemudahan orang ramai dan kegunaan harian dan 10 buah disediakan didalam bilik latihan untuk latihan dan pembelajaran serta bengkel asas komputer dan internet dan latihan keusahawanan kepada peserta yang ingin berniaga secara online.

 

 

 

 VISI

      Menjadikan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) sebagai pusat sehenti perkhidmatan dan pembelajaran digital yang berupaya menaiktaraf Sosio-ekonomi komuniti menjelang tahun 2020


 

 

 MISI

 

  Membangunkan kompetensi sumber manusia PI1M dan modal insan komuniti melalui program latihan dan pembangunan terancang
  Pengujudan dan penambahbaikan berterusan proses kerja supaya berupaya memacu ke arah pencapaian visi
  Penggunaan teknologi (Perkakasan, Aplikasi Dan Infrustruktur) setara yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti

 

 

 

 

 

 

PROFILE PI1M SEBERANG JERTEH

 

 

 

 
 

 

 

  SILA SCAN DAHULU PENDRIVE SEBELUM BUKA FILE.

SILA TUTUP SEMUA APLIKASI SEBELUM TEKAN “KELUAR” HANYA DIBENARKAN BERMAIN GAMES BERPENDIDIKAN SAHAJA

TIDAK DIBENARKAN MEMAKAI PAKAIAN MENJOLOK MATA

TIDAK DIBENARKAN MEMBUAT BISING, MAKAN DAN MINUM DI DALAM PI1M

SILA GUNAKAN PC DENGAN BAIK DAN TIDAK DIBENARKAN MENGUBAH SETTING PC

DILARANG INSTALL PERISIAN KE DALAM PC DAN MEMUAT TURUN SEBARANG PERISIAN

TIDAK DIBENARKAN MELAYARI LAMAN WEB TIDAK BERMORAL

DILARANG SEBARANG KEGIATAN BERUNSURKAN POLITIK, KEAGAMAAN DAN PERKAUMAN

MASA PENGGUNAAN KOMPUTER DIHADKAN KEPADA 1 JAM SEORANG SEKIRANYA PENGUNJUNG MELEBIHI PENGGUNA